Sunday, September 27, 2009

Amalan Sunnah Di Aidilfitri

Bicara Pena Oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Tawakkaltu ‘Ala Allah
Segala puji hanya bagi Allah swt , Tuhan yang Maha Kaya Lagi Maha Tinggi KekuasaanNya. Dia-lah tuhan yang mengurniakan kesenangan jiwa pada setiap hamba-hambaNya yang terpilih. Salam sayang buat Muhamad Bin Abdullah , mujahidin terulung.

Diam tak diam , kini sudah seminggu umat Islam seantero dunia meraikan hari kemenangan. Hari kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dan melawan nafsu. Mabruk buat semua yang telah berjaya melepasi pelbagai halangan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Ana pasti , ramai yang akan merindui Ramadhan dan Insya Allah , semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.



Syawal kali ini pada ana , tidak ada jauhnya yang berbeza dengan Syawal yang sebelum ini. Masih lagi tradisi menziarahi sanak saudara itu diteruskan. Jadi ana agak keletihan sedikit untuk Syawal kali ini. Tapi ana tetap merasai keseronokan dan kemeriahannya apabila rumah ana penuh dan tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara khasnya pada hari raya ke 3. Untuk hari raya ke 2 , ana satu keluarga yang serang rumah sanak saudara.

Bersempena Aidilfitri ini , ana suka untuk berkongsi dengan semua amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw sempena Aidilfitri.

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Maaidah ayat yang ke ?. Ana tak mahu beritahu ,pergi check sendiri dalam tafsir Al-Quran masing-masing(jangan malas buka Al-Quran ok!). PASTI ada tafsiran yang berbunyi :

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu."

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.

Jadi,tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadhan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin iaitu orang yang bertakwa. Tak mahu tergolong dalam golongan itu ke ? Jangan tipulah. Sedikit sebanyak , mesti nak jugak kan.

Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T dalam surah yang kedua dalam Al-Quran , ayat ke 185.

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan. Janganlah kita berhenti separuh jalan dalam melaksanakan qiyam. Teruskan istiqomah untuk melaksanakannya.


• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie .

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafie r.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

.Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya."

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka."

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.

Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang dapat ana kongsikan bersama. Amalan-amalan ini sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Dalam kita menyambut kemeriahan Syawal ini , janganlah kita lupa pada golongan yang kurang bernasib baik. Ingatlah bahawa dalam pada kita bersenang-senang,ingatlah ada golongan yang memerlukan dan langsung tidak berkesempatan menyambut Syawal. Jika tidak dapat dihulurkan bantuan dari segi material , hulurkan doa buat mereka. Itu sudah lebih dari cukup.

Akhirul kalam , Selamat Hari Raya Untuk semua..

Jaga hati..jaga amal..dan selamat memperbaharui iman.


Tarbiyyah Dzatiyyah

untuk dayah, ika dan nada..insyaAllah nanti akak terangkan makna tarbiyyah dzatiyyah ya"...untuk saibah, sakinah, izah, aisyah, tirah, dan aina..renungkan sejenak pekara ini..

Sedikit renungn bersama..ana ada terbaca satu artikel dan buku mengenai sarana yang paling penting iaitu tarbiyah dzatiah..dalam kesibukan kita beraya/belajar..seringkali kita terlupa…
Betapa kita wajib bersyukur kerana masih dipelihara Allah SWT hidup dalam udara iman dan Islam. Namun, semakin hari hati orang-orang islam hari ini kian dilanda tsunami kegersangan iman.


Cuba kita ’pause’ sejenak...kita duduk bersama-sama sekejap dan beriman sejenak. Masya Allah! Kita ingat apabila kita sudah berada bersama-sama bersahabat dengan orang-orang yang berada di dalam proses tarbiyah islamiyyah, kita sudah masuk di dalam ’mesin’ tarbiyah tetapi mengapa amal ibadah kita semakin tenat? Solat kita semakin tidak khusyuk, Al-Quran kita tidak sampai satu juzuk sehari,qiam kita, muhasabah kit,puasa sunat, zikir kita semakin berkurangan, doa yang kita baca selepas solah pun sekadar baca tidak memohon kepada Allah Taala sepenuh hati

Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? Tidak dapat dapat, untuk tidak terperangkap dari sumur futur (lemah) kita mestilah melalui beberapa proses. Proses itu ialah dengan meningkatkan tarbiyyah imaniyyah dan tarbiyyah ruhiyyah yang mana boleh dirasai dan dihayati masuk menyerap ke dalam lubuk nurani apabila berlakunya proses tarbiyyah dzatiah
Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita. Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau mas’ul ataupun naqib. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam proses tarbiyah islamiyyah


Kenikmatan tingginya ruh ber’ubudiyyah kepada Allah Taala hanya dapat di rasai oleh orang-orang yang merelakan dirinya masuk ke dalam proses tarbiyyah dzatiah. Orang-orang yang tunduk kepada proses tarbiyyah ini amat sukar dikalahkan oleh bisikan syaitan dan nafsu. Mereka tidak mudah futur malah hubungan mereka dengan Allah SWT semakin subur mewangi. Namanya harum di kalangan penghuni langit meskipun mereka bukanlah insan-insan yang disanjung di muka bumi

Ana mengingatkan juga diri ana yang sngt2 kerdil ni, untuk kita sama2 menjaga mutabaah ibadah kita sebagai seorang hamba.. kekadang kita selalu ungkap kata2, dalam dakwah ni yg paling penting hubungan ngan Allah, tapi praktiknyer tak seperti yg kita selalu ucapkan...

wallahu a'lam

Kenapa Umar Abdul Aziz

Untuk Usrah yang kedua,akak memilih untuk letakkan nama, umar abdul aziz..pernah dengar?tahu seerahnya?jom baca bersama..

Kedudukan beliau:

Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."

Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:

Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:

Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Kenapa umar Al-Khattab?

Untuk usrah yang pertama akak letakkan nama grup usrah umar al khattab..kenapa? jom kita baca seerahnya..

Nama sebenarnya Umar bin Al Khattab bin Naufal b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b Qarth Razaah b ‘Adi b Kaab. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama Al Faruq yang bererti orang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.Semasa pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab r.a. banyak Negara telah berada dibawah pemerintahan Islam termasuklah Palestin di mana terdapat kota Baitul Maqdis.

Umar Al Khattab telah berjaya membebaskan Baitul Maqdis atau Al Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim. Penduduk Al Quds ketika itu majoritinya beragama Kristian menyambut dengan gembira pemerintahan Islam kerana mereka merasakan bebas dari penindasan dan kezaliman pemerintah Rom sebelum itu.Setelah Al Quds jatuh ke tangan tentera Islam, penduduk beragama Kristian ingin membuat perjanjian damai dengan Khalifah Umar Al Khattab r.a. sendiri, mereka enggan membuat perjanjian dengan sesiapa pun di kalangan ketua-ketua Islam yang lain. Ini kerana mereka ingin melihat sendiri wajah Khalifah Umar Al Khattab r.a. yang terkenal dengan sifat adil dan kasihnya kepada golongan mustadaffin, fakir dan miskin. Mereka sanggup menunggu kedatangan Umar Al Khattab r.a.

Khalifah Umar Al Khattab memahami hasrat rakyat Al Quds, maka beliau pun berangkatlah ke sana dengan seorang pengiring dan seekor unta sebagai tunggangan dari Madinah. Oleh kerana ada hanya seekor unta sebagai tunggangan, maka khalifah dan pembantunya membuat persetujuan untuk menunggang unta secara bergilir-gilir dengan pembantunya, dimulai dengan khalifah selepas itu pembantunya sehinggalah tiba di kota Al Quds.Apabila hampir tiba di ibu kota Al Quds, tibalah giliran pembantunya menaiki unta dan khalifah berjalan kaki. Pengiringnya enggan menaiki unta kerana dilihatnya ramai penduduk sedang menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab, pada pendapatnya tentulah tidak wajar dia yang menunggang unta sedangkan khalifah berjalan kaki. Lagi pun penduduk menunggu kedatangan khalifah, sudah tentu khalifah yang sepatutnya diberi penghormatan menunggang unta bukan pembantunya.

Khalifah Umar Al Khattab marah dengan sikap pembantunya kerana menurut persetujuan sebelum berangkat mereka akan bergilr-gilir menunggang unta, kini adalah giliran

pembantunya. Umar Al Khattab dengan tegas tetap menyuruh pembantunya menunggang unta. Menurut Umar Al Khattab r.a. “inilah ajaran Islam, keadilan adalah hampir kepada taqwa, aku tidak sedikit pun keberatan berjlan kaki sedangkan engkau menunggang unta. Dan aku sama sekali tidak berasa terhina berbuat demikian. Terpulanglah kepada penduduk Baitul Maqdis untuk membuat tafsiran masing-masing. Aku sanggup beri penjelasan jika mereka kehendaki. Nah sekarang, ikut perintahku, ikut perintah khalifahmu, naiklah unta ini”.

Setelah memasuki kota Al Quds, berduyun-duyunlah penduduk menyambut kedatangan khalifah Umar Al Khattab r.a., alangkah terkejutnya mereka melihat melihat peribadi agung khalifah yang masuk berjalan kaki sedangkan pembantunya menaiki unta. Dengan perasaan hairan bercampur kagum mereka menyaksikjan kejadian yang mengusik qalbu tersebut. Betapa besarnya perbezaan khalifah Islam dengan Raja Rom yang memerintah mereka sebelum ini. Ini menambahkan lagi rasa hormat mereka pada khalifah Islam yang rendah diri. Inilah salah satu dari keadilan Umar Al Khattab r.a. Berapa ramai pemimpim dan raja-raja yang sanggup mencontohi peribadi mulia ini dizaman sekarang?


Note: sumber : http://pakngah70.blogspot.com

Anak-anak usrah ku ^_^

Assalamulaykum buat adek2 yang k.areen kasihi...
Alhamdulillah, sejak blog ni dibuat, baru harini akak berkesempatan nak menulis.he3..jazakillah akak ucapkan pada adek2 yang dah start menulis ^_^
ok, exceli blog ini dibuat atas tujuan: UKHUWWAH
ape itu ukhuwwah?
as-syahid imam hassan al-banna, "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."
penting ke adek2 untu kita berukhuwwah?penting ke untuk kita saling berkenal?
jawapannya sangat2 penting..Jika Rasulullah dan para sahabat serta pejuang Islam tidak berukhuwwah mana mungkin kita menikmati dan mengecapi kemanisan iman dan kesenangan yg kita rasai sekarang. sejarah perang badar, khandak, pembukaan kota Mekah dan penyebaran Islam ke 2/3..jom kita saling berkongsi kemanisan ini ^_^
Nak kenal kan anak usrah akak yang 1st..usrah umar al-khattab:
1. Norhidayah Hamdan..panggil dayah..berumur 21 tahun..amek course Islamic Banking....asal Segamat Johor..anak bongsu dari 5 adek beradik..kak areen kenal dayah since di KPTM lagi, dan sangat tak sanga kita berysrah sekali..alhamdulilah, segala puji hanya untukNya
2.Nada Nadhirah Kamaruzzaman..panggil nada..berumur 21 tahun..amek course Mass Comm..asal kuala lumpur..anak sulung dari 3 adik-beradik..kak areen kenal nada ni thru sms, satu hari g jumpa dengan atiqah di teratai sambil makan ais krim ^_^
3.Siti Fatima Safiqah Ayob..paggil ika..berumur 21 tahun..amek course law..JB..akak kenal ika, dengan satu insiden yang tak sengaja(nnt tanya ika), menarik ^_^
ok..ni usrah kak areen yang kedua: Usrah Umar Abdul Aziz
1.Nur Atirah Salaudin..panggil atirah..berumur 20 tahun..amek course perubatan..anak kedua..berasal dari johor..kecik orangnya
2.Nurul Izzah Sodri..panggil Izzah..berumur 19 tahun..amek course perubatan..anak ke 4 dari 6..asal kedah, tapi menetap di shah alam..
3.Nusaibah Wan Zulkipli..panggil saibah..berumur 20 tahun..amek course perubatan..anak ke 3 dari 5..asal pahang tapi tinggal di sg petani
4.Sakinah Mazlan..panggil kinah..berumur 20 tahun..amek course perubatan..anak kedua dari 7..asal kedah
5.Aisyah Kamarulzaman..panggil aisyah..berumur 20 tahun..amek course enginrng..anak sulung ^_^
moga, kita saling berkenal..saling berkongsi dalam blog ni ya..

Thursday, September 10, 2009

BAGAIMANA MENGENAL TARBIAH

Alhamdulillah….buat pertama kalinya ana coretkan kata2 kat blog umar ni. By the way,ana nk ucapkan terima kasih pada kak arin sebab create dis blog for us…syukran… insya-Allah kami akan memanfaatkan blog ini sepenuhnya.
Okla,berbalik pada persoalan kak arin iaitu: “ Bagaimana ana mengenal tarbiah?”
Insya-Allah ana akan kongsikan sedikit sebanyak susur galur bagaimana ana mengenal erti tarbiah ni… seperti yang kite sedia maklum, tarbiah itu sendiri membawa maksud ‘didikan’. Alhamdulillah sebenarnya sejak dari lahir lagi mak ayah ana sentiasa memberi tunjuk ajar tentang hal2 agama. Sehinggalah ana menjejakkan kaki di sekolah menengah, disana kami diwajibkan solat fardhu berjemaah , usrah dan macam2 program lagi yang telah disusun bagi mendidik kami tentang kepentingan agama walaupun sekolah ana tu bukan sek agama. Alhamdulillah, lepas masuk UiTM ana berkenalan dgn seorang sahabat ni..Dan dia lah yang memperkenalkan ana pada usrah KARISMA. Dari sana, ana mula mendapat lebih banyak tarbiah dari kakak usrah dan sahabat2 sendiri…wallahua’lam

~nur atirah USRAH KAK ARIN

Wednesday, September 9, 2009

bagaimana mengenal tarbiyyah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Illahi. Ana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang beragama Islam, mengamalkan Islam dan mementingkan pembelajaran Islam. Hasil tarbiyyah yang diterima ayah dan ummi di oversea menyebabkan kami semua dihantar ke sekolah agama sejak kecil. Ana kenal usrah sejak kecil. Ana dididik oleh muallim dan muallimah yang sgt menitikberatkan tarbiyyah kami pelajar2.

Tapi, seperti kata raihan dalam lagunya, iman tak dapat diwarisi.Iman manusia biasa boleh bertambah dan berkurang. Ana meneruskan pengajian sekolah menengah ana di sebuah sekolah berasrama penuh yang bagi ana kurang menitikberatkan tarbiyyah islamiyyah. Disana ana sedar, tarbiyyah yg ana terima sewaktu di sekolah agama dulu belum ana kutip seluruhnya utk menjaga iman ana. Ana terleka dengan nikmat dunia yang sementara ni. Ana rasa ana dah buat yg terbaik tapi ada juga debu-debu dosa yang sempat hinggap pada hati ana.

Bila ana dah habis sekolah, ana dapat tawaran meneruskan pengajian di sini. Ana sedar yg ana perlu kembali berubah. Ana bersyukur kerana Allah masih ingin memberi hidayahNya pada ana. Ana mengikuti usrah Karisma kerana itu amanah dari ayah ana. Alhamdulillah, Allah beri lagi nikmat yang tak terhingga apabila ana jumpa sahabat-sahabat yang sudi bersama-sama ana walaupun ana tahu mereka masih baru dalam perkara seperti ini. Mereka yang sanggup bersama ana ketika susah dan senang. Syukran Jazilan ya sahabati..ana uhibbukum fillah..

Pengalaman ana berjumpa sahabat2 dalam perjuangan membuatkan ana sedar yang tarbiyyah itu merupakan proses yang berterusan dan ia perlu diterima dengan ikhlas. Tidak kira seseorang itu bersekolah agama atau dari sekolah biasa. Pandangan ana seseorang itu adalah lebih baik jika tarbiyyah itu dicari sendiri. Kerana semangat dan keikhlasan buat seseorang itu lebih menghayati nilai tarbiyyah berbanding mereka yang menerima tarbiyyah sejak kecil tetapi tidak dihayati malah lebih teruk lagi merasakan dirinya terkongkong. Dan alangkah indahnya jika seseorang yg menerima tarbiyyah dari kecil itu menghayatinya, mengamalkannya dan mampu untuk mentarbiyyah insan lain pula. Subhanallah.

Sekarang, ana masih dalam proses perubahan. Berubah itu tidak mudah. Tapi ia bukan mustahil. Allah SWT juga memberi peringatan di dalam KitabNya bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. InsyaAllah, ana akan cuba untuk istiqamah dalam perjuangan ini. Semoga ALLAH menyatukan hati-hati kita untuk menegakkan Syiar Islam di muka bumi ini.


WaALLAHua'lam.


*by Sakinah [Usrah KakAreen]

Wednesday, September 2, 2009

**Khutbah Nabi saw Tentang Ramadhan**

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan nama Allah swt yang maha mulia lagi maha tinggi keagunganNya. Dialah Tuhan pemilik Arasy yang tertinggi. Salam dan sayang buat Muhamad Bin Abdullah , mujahidin yang terbilang.

Hari ini , sebelum memulakan ujian Research Methodology , Prof Dr.Ismail Ahmad sempat berkongsi bersama-sama kami tentang khutbah Jumaat Rasulullah saw berkenaan dengan Ramadhan.Mahu ana kongsikan bersama kalian semua , antara isi kandungan khutbah Nabi saw berkenaan dengan bulan yang penuh barakah ini.

Semoga bermanfaat

***********

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”

“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.”

Tinta Hati :

Petang tadi jumpa Opah Nada kat bazar Ramadhan sec 7..Aishhh opah nih,berjalan pulak. Kesian atok Tinggal sorang-sorang kat rumah..Nak kena opah nih..!!!

**Untuk Walid & Ummi**

Bicara Pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Segala puji bagi Allah swt , Tuhan yang memberi kenikmatan kepada setiap hambaNya.Tanpa pernah meminta balasan. Salam sayang buat , kekasih hati Muhamad Bin Abdullah , promoter terhebat.


Dedikasi khas buat semua walid dan ummi..
Anak-anakmu ini merinduimu...
Kami belum puas merasai kasih dan sayang kalian
Dan kami mahu lagi..dan lagi..
Syukran atas kasih sayang yang pernah walid dan ummi curahkan
Andai segunung emas dan permata kami hadiahkan
Belum cukup untuk kami membalas jasa walid dan ummi

Doakan kami berjaya hidup di dunia mahupun akhirat
Restuilah perjuangan kami duhai walid dan ummi
Kami harapkan keredhaan Ya Azim untuk kami
Dan Keredhaan Walid dan ummi
Menjamin keredhaan Allah swt untuk kami

KAMI MERINDUI MU DUHAI WALID DAN UMMI..!!

*****************

Aku Merinduimu
Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


Tinta Hati :

Merindui ayah..AL-FATIHAH..

Tuesday, September 1, 2009

**Datang Dengan Rindu**

Bicara Pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan nama Allah swt yang maha sempurna lagi maha tinggi keagungaNya. Selawat dan salam diucapkan buat kekasih 1st Allah swt dan seluruh umat Islam , Muhamad Bin Abdullah.

Salam mahabbah ana ucapkan buat seluruh umat Islam yang pernah dan masih berjuang menegakkan agamaNya ini.

Alhamdulillah
Sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa. Dan hampir seminggu jugalah ana rasa blog Usrah Bersila ini tidak terisi. Rindu pula untuk berbicara di sini..(^_^).Mungkin "mawar-mawar kecil" termasuk ana sibuk dengan urusan masing-masing...hehehe.. Afwan Kak Reen kerana kami tak dapat nak update the latest post. Ana hadirkan diri ana untuk menulis disini , dengan rindu yang penuh berbunga di hati...(^_-)

Sibuk ?
Ah! Alasan saja semua itu
Rasulullah saw dulu pun sibuk juga.
Malah lebih sibuk dari ana dan yang lain
Tapi Baginda saw masih sempat lagi menyebarkan dakwah Islam
Tiada istilah"SIBUK" dalam kamus hidup Baginda saw

Aduh..!! Malu pula rasa.
Mana tidaknya , blog milik sendiri masih punya masa untuk di"update"
Tapi blog yang ini , boleh diberikan alasan "sibuk"..?
Tak logik...!!!!
Bukan saja ana rasa malu..malah marah dengan diri sendiri..!!!!
Semoga Allah swt ampunkan kami ,"mawar-mawar kecil" , yang baru hendak mula "bertatih" dalam "dunia" ini.

Erm, untuk entry kali ini , ana mahu kongsikan sesuatu.
Sesuatu yang boleh dijadikan teladan dan diikuti oleh semua umat Islam di luar sana.
Ana bawakan untuk santapan kalian , peribadi mujahidin sejati dan akhlak kekasih Allah swt untuk kalian hayati dan selami hingga ke dasarnya.

SEMOGA MANFAAT


********************

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT...'

Tinta Hati :

Bisakah kita begini..?