Tuesday, November 10, 2009

.::An Evening With Uncle RM::.

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Dengan nama Allah swt , Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dia-lah Tuhan Yang mengurniakan sukma kefasihan untuk ana dan setiap hamba2Nya. Selautan sayang dihamparkan untuk Muhamad Bin Abdullah , lelaki terhebat sepanjang zaman.

Serasanya agak lama ana tidak meneruskan tarian jari jemari ana di laman ini, bukan ? Mungkin terlalu menumpukan perhatian ana pada blog milik ana sendiri , sehinggakan blog ini terabai. Afwan , tapi kini ana kembali meneruskan tarian jari jemari ana di sini , kerana ana mahu berkongsi satu pengalaman yang terbaik buat ana.

Semalam , 9hb/11/09 , ana diajak oleh naqibah ana untuk mengikuti satu program. Pada awalnya , ana tidak tahu apa program yang diadakan (-->biasalah , naqibah ana memang suka rahsia2 nih ;p) , tetapi apabila telah ana hadiri program tersebut , sungguh! Ia amat berguna. Memberikan banyak ibrah pada ana.

Program tersebut adalah program Kuliah Tafsir "An Evening With Uncle RM(Roslan Muhamad)" yang diadakan dirumah Mak Cik Ani. Pengisiannya adalah berupakan pentafsiran surah Nuh ayat 1-12.

Secara keseluruhannya , surah ini membawa kita menghayati dan memahami prinsip2 dalam berdakwah. Surah ini cuba membawa kita menghayati perjuangan dakwah Nabi Nuh dan apa intipatinya dalah menjalankan aktiviti dakwah.

Apa yang dapat ana fahami sewaktu mengikuti kuliah ini adalah , tugas berdakwah ini perlu dilakukan oleh semua orang kerana Allah swt sendiri yang menyuruh kita untuk berdakwah , untuk memberikan peringatan , dan mengajak kepada kebenaran untuk menjauhkan diri dari api azab api neraka. Tetapi sumber untuk kita berdakwah adalah Allah swt.

Terdapat 3 intipati penting dalam berdakwah iaitu ...

>menperhambakan diri pada Allah swt
>bertaqwa kepada Allah swt
>taat kepada Allah swt

Hidup kita didunia ini adalah atas 2 sebab iaitu sebagai khalifah dan juga hamba.Hidup kita ini adalah untuk mentaati Allah swt , tiada yang lain dari itu. Kalau kita perhatikan , hidup kita ini bersistem , punya cara yang tersendiri. Dan itu sebenarnya adalah satu salah sebab kenapa kita berdakwah. Untuk mewujudkan satu sistem kehidupan dan cara hidup yang diredhaiNya.

Apabila seseorang itu berdakwah , dan ada yang mengikutinya , Allah swt akan ampunkan dosanya. Apabila kita redha Allah swt sebagai Tuhan kita , dan istiqomah dalam apa yang kita lakukan , Allah swt akan ampunkan dosa kita.

Kalau kita lihat sirah perjuangan Nabi Nuh yang berdakwah selama 910 tahun , siang dan malam , berdoa untuk kaumnya , tetapi hanya 91 orang saja yang mengikutinya. Kalau ikut skala , kita boleh klasifikasikan Nabi Nuh ini gagal , tapi kalau mahu dibandingkan dengan kita , ana rasa terlalu jauh bezanya. Mudah saja , cuba tanya diri kita , sudahkah kita mulakan dakwah kita seusia kita ini ?Sudahkah kita berdakwah siang dan malam ? Memenuhi masa kita dengan berdakwah ? dan adakah kita mendoakan mad'u2 kita ?

Cuba muhasabah kembali.

Andai mahu dibandingkan , hidup kita pada waktu ini mudah jika dibandingkan dengan zaman para anbiya dulu. Lihat saja ketika Yasir ditarik tubuhnya dari 4 arah , Sumayyah disula , Bilal dihempap , dan sebagainya. Nabi Nuh pula , kaumnya menutup telinga sewaktu dia menyampaikan dakwah , tapi mereka2 ini tetap tabah dan terus berdakwah dan berdakwah. Mereka juga tidak putus2 berdoa untuk kaum mereka dan sahabat2 mereka.

Sedangkan kita , belum lagi kena tarik tubuh dari 4 arah , belum lagi kena sula , belum lagi kena hempap , dan dah ada ke yang tutup telinga kalau kita menyampaikan dakwah ? Belum lagi kan. Paling2 tinggi pun , orang akan tangkap dan tulis nama je. Baru kena sedikit sudah tercuit. Sudah berpaling.Tapi , di mana kita saat ini ? Kenapa kita lemah ? Dimana tanggungjawab kita sebagai pembela agama agama ? Apa yang kita lakukan untuk membela ummah ? Sudahkah kita mendoakan sahabat2 kita agar terbuka hati mereka ?

Mungkin..silapnya adalah dari kita sendiri , kerana kita tidak pernah mahu bersungguh2 dalam meraih cinta Illahi. Kita tidak benar bersungguh2 dalam merebut cinta Allah swt. Cinta manusia mahu direbut sehingga sanggup melakukan apa saja tetapi cinta Allah , apa usaha kita ? apa mahar yang kita bawa ? Nothing bukan. Andai kita bersugguh dalam merebut cintaNya , Allah PASTI beri. P.A.S.T.I. Andai kita bersungguh2 dalam berdakwah , Allah pasti berikan kenikmatan hidup yang tidak terhingga di dunia ini. P.A.S.T.I.

Intihanya , tugas untuk berdakwah ini , tidak pernah mudah. Ia menuntut kesabaran dan keteguhan iman yang teguh. Apa yang kita lakukan pada hari ini , cumalah sedikit. Kita perlu melipat gandakan usaha kita dalam membela ummah dan agama Allah kerana kitalah yang membawa risalah perjuangan Nabi Muhamad saw.Tiada yang lain lagi , hanya kita.

Penawar Lelah Pegemban Dakwah


" Ketahuilah wahai adik2ku, Kita akan menemui masa-masa sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal Kita tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan berbagai aktifitas dakwah. Apabila Kita teguh di atas jalan kebenaran dan sabar menhadapi berbagai ujian, Niscaya kepedihan akan sirna kelelahan akan hilang, dan yang tersisa bagi Kita adalah ganjaran pahala"

(Dipetik dari Dr. Abdullah Azam)

Thursday, November 5, 2009

Ini Sejarah Kita ( ISK )

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah,,dengan nikmat kesihatan dan kelapangan yang diberikan ALLAH, dapat juga ana pegi daurah ISK baru2 ni setelah bermacam2 halangan dan 'hasutan' yg datang..tambah2 pulak, daurah ni lebih best dari yg diharapkan..kirenye bukan ' indah khabar dari rupe'..hehe..by da way,thanks kak arin!=)

Straight to d point...

Time daurah tu, macam2 pengisian yg ada dan amat bermakna sekali...Insya-ALLAH ana akan cube ringkaskan sedikit sebanyak ape yg ana dapat. Kalau ada yg ana tersalah faham, harap diperbetulkan..Terus terang sebelum ni ana rase, ana pernah belajar sejarah islam ni tapi, xpenah masuk dlm otak pn sebabnye...Hafal hanya sekadar nak exam SPM...=(

By d way, melalui apa yg ana faham sejarah islam ni terbahagi kpd beberapa zaman iaitu:
  1. Zaman gelap (Jahiliah)
  2. Zaman dakwah (Khulafa' Ar-Rasyidin)
  3. Zaman jihad (Umayyah)
  4. Zaman ilmu (Abbasiyah)
  5. Zaman kejatuhan (Turki Uthmaniyah)

Disini ana ingin berkongsi sedikit ttg sejarah detik2 kejatuhan kerajaan islam, agar kite sama2 renungkan bagaimana sebuah kerajaan islam yg bertamadun dan menguasai 2/3 dunia boleh jatuh ke tangan sebuah puak nomad yg tak bertamadun ( Monggol)...

Monggol telah menyerang Baghdad pd 656H sewaktu islam berada dikemuncak kegemilangan Kerajaan Abbasiyah. Pada waktu itu, umat islam dibuai dengan kemewahan harta dan sibuk menimba ilmu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang daie utk berjihad menegakkan agama islam, disamping kelemahan khalifah ketika itu (Mu'tassim). Hulagu Khan telah memerintahkan Mu'tassim utk mengumpulkan semua pegawai krjn dan ulama'. Akhirnya, mereka telah dibunuh olah Hulagu Khan. Setelah itu, sekali lagi dia telah mengarahkan khalifah agar mengeluarkan perintah meletak senjata. Maka berlakulah pembunuhan zalim beramai2 penduduk Baghdad oleh tentera Monggol termasuklah wanita dan kanak2. Lebih kurang 750000-1000000 org islam telah disembelih dgn kejam. Tentera Monggol telah membuang mayat2 dan buku2 hasil kajian umat islam dari baitulhikmah ke dalam sebuah sungai utk mereka jadikan jambatan menyeberangi sungai itu. Kesan daripada dakwat2 buku yang dicampakkan itu telah menyebabkan sungai itu bertukar warna hitam sehingga beberapa lama... Subhanallah, betapa banyaknya ilmu yang telah islam kaji sebelum kedatangan saintis2 barat...

point to highlight:

Pada pandangan ana, zaman kite skg pn lebih kurangla mcm ape yg telah berlaku pada zaman kejatuhan islam. cube kite same2 renung dan fikir sejenak...

Ape masalah umat islam dunia skg?

Peperangan, kemiskinan, penindasan dll...Xperlu fikir jauh2la, kite cube tgk keadaan M'sia sendiri..masalah sosial akibat perang saraf yg barat lancarkan telah membuatkan kite jauh dari islam..(eg : fashion, fun, food) ...

Ape pulak masalah diri kite????

"Aku kene study ni, mane ada masa nak pegi program2 kerohanian ni, mane ade mase nak berdakwah...Alah, aku xlayakla nk bg tazkirah,xcukup ilmu lagi nak nasihatkn org lain...E,malasla pegi daurah,baik ak tgk cete korea ke tido ke shopping ke.." monolog dalaman seorg hamba ALLAH..(nauzubillah)

Sedar atau tak, kdg2 terdetik juga kata2 ni dlm hati kite.TAPI..hakikatnya iman kite yg lemah..insya-Allah marilah kite saling ingat-mengingatkan terutama sekali tentang kebesaran ALLAH...laksanakanlah tanggungjawab utama kite sebagai seorang islam iaitu sebagai HAMBA ALLAH & KHALIFAH....

Jadi ape peranan kite sebagai pelajar? Takpayah study ke kene berdakwah????

-JAWAPANNYE KENE BACA KAT PAGE IZZAH- =)

wallahualam...ape yg ana kongsikan bukan utk menyakitkan mane2 hati..tapi sbg peringatan buat diri ana yg lemah ini...harap maaf andai ada tersalah kata..harap sahabat2 dapat perbetulkan ape yg silap...

(Atirah :Umar Abdul Aziz>Kak Arin)

Monday, November 2, 2009

ISK=)

Bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah...setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH,tuhan yang menciptakan seluruh alam dan segala yang terkandung didalamnya.

ujung minggu lepas, ana dan kawan2 pegi ke program ISK di sekolah hira' shah alam. pengalaman pertama pegi ISK, setelah beberapa kali ada dgr psl prog tu. akhirnya, ada jugak rezeki kami pergi.alhamdulillah.

erm, kalau nk diceritakan apa yg ana dpt dari prog tu insyaAllah banyak. tapi main idea yg cuba nk disampaikan oleh akhi Yusof tu ana rasa ana dapat tangkap. sepanjang program byk menceritakan sejarah umat islam dahulu. bagaimana islam yang bermula dari zaman Rasulullah SAW dan disebarkan sehingga tertegaknya daulah Islamiah seperti Kerajaan Umayyah dan Abasiyyah. Dan ada juga dibincangkan bagaimana Islam yang pada masa itu tersangat gah, tiba-tiba jatuh diserang tentera Mongol yang tidak bertamadun. Dan kemuncak program cuba mengaitkan apa yang telah berlaku dengan zaman kita pada hari ini. adakah kita patut leka dengan menuntut ilmu semata-mata atau cuba untuk berjuang, mengiatkan usaha dakwah dalam mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu masa dahulu.

terasa byk yg ana tidak tahu sebelum program tu even dah pernah belajar dalam sejarah masa sekolah dulu. tapi itulah, belajar utk tahu dan belajar utk exam itu hasilnya berbeza.huhu. apa yang ana rasai setelah ikut program ISk is my responsibility as a muslim is being neglected before this. ana rasa sedih sebab ana banyak lalai dalam mengejar dunia yang sementara ni. dalam masa yang sama rasa berkobar2 untuk perbaiki diri untuk jadi sebaik2 mukmin.

perubahan yang ana harapkan adalah dari dalam diri ana sendiri. kekuatan dan sokongan sahabat2 yang ana perlukan untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Ia memang sukar, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, semakin kuat perlu menangkis kehendak nafsu. tapi janji ALLAH itu benar. semoga usaha dakwah kita yang sedikit dapat memberi kesan kepada generasi ISLAM akan datang. InsyaALLAH.


Ana hanya insan lemah dalam memberi pendapat. harap salah dan silap ana dapat ditegur.
>>>SakinahM - Usrah Umar Abd Aziz<<<<

WaALLAHua'lam.

ISK..dari kaca mata saya

Assalamualaikum warahmatullah buat semua... Salam ukhwah :)

Syukur, alhamdulillah.. pertama kali saya menulis di sini, setelah lama saya menjadi 'silent reader' sahaja.. diharap segala kekurangan dapat dimaafkan.. dan tegur- tegurlah, dengan itu saya boleh memperbaiki diri insyaAllah.

Berbalik kepada topik di atas, sekali lagi syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana saya dan beberapa sahabat berpeluang untuk menghadiri Daurah Ini Sejarah Kita yang Kak Areen dah promosikan sebelum ini. (Syukran Kak Areen dan semua yang menjayakan program ni..best!)

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit apa yang telah saya faham dan dapat dari daurah yang sangat berguna ini.. Moga perkongsian ini bermanfaat juga buat yang lain, dan menjadi peringatan buat diri sendiri yang mudah alpa..

Di dalam daurah ini, saya belajar yang sebenarnya..
  • Sejarah ialah satu aspek sains sosial yang memang sangat penting untuk difahami..bukan sekadar diketahui untuk menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi untuk belajar kesan- kesan tindakan manusia terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dan bertindak dengan kefahaman yang telah kita dapat.
  • Sains sosial dan sains tulen saling memerlukan.. Kedua- duanya penting untuk menjalankan tanggung jawab memakmurkan bumi Allah ini.. jadi sebagai seorang pelajar dalam bidang ilmu sains tulen, sangat penting untuk mempelajari juga ilmu bidang sains sosial dan mempraktikkannya dalam kehidupan.. contohnya, cara pemikiran yang jauh kehadapan dan berfikiran terbuka.
  • Dalam kesibukan sebagai seorang pelajar, tidak patut jika kita mengabaikan usaha dakwah..kerana jika diimbas kembali, usaha dakwah dan tarbiyah yang dilakukan oleh para sahabat yang terawal membawa kepada penyebaran Islam dan akhirnya kekuatan empayar umat Islam pada zaman kegemilangannya. Kita yang ingin menaikkan Islam kembali pada zaman moden ini patut mencontohi mereka dengan lebih gigih menyumbangkan usaha ke arah dakwah Islam..bukan melekakan diri dengan hal masing- masing sahaja.
  • Namun, bukan di sini bermakna pelajaran harus diabaikan.. malah, dalam usaha untuk berdakwah inilah, kita patut lebih bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu.. Untuk mengelakkan diri dari menjadi fitnah kepada Islam, dan menjadi hamba-Nya yang bersungguh- sungguh dalam apa- apa yang dilakukan.. Cumanya, kita perlu membahagi masa dengan baik dan sentiasa menjaga niat kita dalam menuntut ilmu..
Begitulah antara isi penting yang saya dapat dalam daurah ISK. Hendak dikupas semua yang diketengahkan, memang tak terungkap di sini rasanya. Cuma saya sangat berharap sedikit kesedaran yang timbul ini dapat bertahan menempuh ujian- ujian keduniaan yang hebat di sekeliling. Saya masih banyak kelemahan, tapi saya sedar yang usaha dakwah ini harus dilakukan biarpun terasa sangat kekurangan ilmu di dada.. Saya sangat berharap dapat menyampaikan dalam masa yang sama memperbaiki diri, berusaha meningkatkan ibadah dan berusaha mengurangkan benda- benda yang melalaikan.. Sangat sukar semua ini bagi saya, tetapi saya tak akan putus asa dari mencuba..insyaAllah.

Diharap semua dapat mendoakan kejayaan kita bersama dalam perjuangan ini..InsyaAllah, amiin..

-Izzah (Usrah Umar Abdul Aziz)-