Wednesday, August 26, 2009

**Andai Ini Ramadhan Terakhir Kami**

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan menyebut namaMu Ya Rabb , Tuhan yang memegang hati-hati kami. Sesungguhnya , Engkaulah yang memberi petunjuk kepada kami. Salam sayang buat pemilik hati kami , Muhamad Bin Abdullah. Salam ukhuwah wa mahabbah buat seluruh saudara seakidah kami. ALLAH YUBARIK FIK.

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya kami sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solat kami kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan ... sungguh khusyuk lagu tawadhu'

Tubuh,minda dan kalbu..bersatu memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil..Menangisi kecurangan janji

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kami persiakan walau sesaat yang berlalu
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kami dendangkan

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malam kami sibukkan dengan berterawih..berqiamullail..bertahajjud..
Mengadu...merintih...meminta belas kasih

Andai kami tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan terus memburu suatu malam idaman yang lebih berkat dari 1000 bulan

Duhai Illahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling bererti ... paling berseri...
Menenrangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang Mu Ya Rabb

Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Secebis Tinta :

Bila mahu berbuka sama nih ?
Siapa mahu jawab soalan nih..? hehehe

Sunday, August 23, 2009

**Hasbi Rabbi**

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismilllahi Walhamdulillah
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Baik. Salam sayang buat junjungan terulung , Muhamad Bin Abdullah , pengembala terhebat.




Hasbii rabbii jallallah
Memadailah bagiku Allah

Maa fii qalbii ghaurullah
Tiada di hatiku selain Allah

Dan Muhamad Pesuruh Allah
Muhamad Pesuruh Allah

***********

Di hati kami , cukuplah Allah swt dan Muhamad saw sebagai penakluk hati kami. Cukuplah Allah swt bagi kami. Adanya Allah swt , kami tidak memerlukan lagi yang lain. Kerana adanya cintaNya , kami tidak mungkin akan goyah , adanya kasihNya , kami tidak mungkin rebah.

Perjuangan ini akan tetap kami teruskan biarpun langkah kami sering diganggu gugat. Langkah tetap aku orak , kerana di hadapan sana ada sinar cinta yang hakiki menanti kami

(^_^)

Thursday, August 20, 2009

"Di Sebalik Tabir Shahadah"


Assalamualaikum Wbt...


Segala Puji Bagi Allah SWT, Pencipta Sekalian Alam,
Hanyalah Dia yg Satu, Tiada dua dihatiku,
Segala curahan selawat dan salam pada penghulu kami Muhammad bin Abdullah,
Sejahteralah kau seperti janjiNya,
Serta sahabat-sahabiah dibawah rahmat panji-panji Islam sekalian...

Semoga bahagia hendaknya.



Pada hari Selasa yang lepas bersamaan 18 Ogos 2009 yang dimuliakan Allah, telah berlansungnya satu program "The Weekly Boomerang" bertempat di DKB Bangunan S&T bermula jam 8.00 pm sehingga kira-kira 11.30 pm.


Program yang amat tinggi nilai pengisiannya ini membincangkan tentang topik "Di Sebalik Tabir Shahadah" dikelola oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin atau lebih terkenal dengan nama Ustaz Zamri Mari Mengaji di Tv9 ' Dekat Di Hati '. Tergelak juga kami mendengar ayat itu keluar dari mulut beliau. Terasa benar-benar dekat di hati.


Oleh kerana beberapa masalah teknikal, Al Ustaz Zamri yang sepatutnya tiba dalam jam 8.30 pm, telah sedikit terlewat sebanyak 1 jam setengah dan akhirnya memulakan ceramah ini kira-kira jam 10 pm.


Namun tidak mengapa, oleh kerana semangat kami yang menebal, walaupun hampir-hampir membatalkan perjumpaan usrah yang diganti dengan ceramah ini akibat hujan yang menggila, namun syukur Alhamdulillah akhirnya hujan berhenti dan dapatlah kami berkumpul seperti dirancangkan. Alhamdulillah syukur.


Erm, seperti biasa, lebih separuh dewan DKB dipenuhi oleh kaum hawa, kami terpaksa duduk di belakang sekali A.K.A atas sekali kerana tempat duduk yang amat terhad. Tebal juga muka pada mulanya sewaktu mula-mula melangkah kaki ke dalam dewan kerana kami sebenarnya agak terlewat sedikit akibat hujan lebat yang melanda. Namun saya, Ukhti Ika, Ukhti Hidayah dan Ukhti Azreen buat muka selamba land ajelah. Abis tu takkan nak 'GUBRA' pula kan.


Sementara menunggu penceramah tiba, kami diberikan kertas dan diminta melukis gambar orang yang duduk di sebelah kami beserta sedikit 'description' tentang sahabat tersebut. Tapi kami tak buat pun sebab tercengang-cengang tak tau nak lukis apa kan. Lewat punya pasal lah tu. ^_^


Kemudian digesa supaya bermain permainan 'Bola Beracun' pula. Agak cuak pada permulaannya sebab takut kalau-kalau muzik berhenti dan bola aka kotak beracun berada pada tangan kami pula. Permainan ini mencetus tawa pada kami kerana semua muslimah begitu takut dengan kotak tersebut seolah-olah kotak tersebut akan meletup bila-bila masa. Ana dan ukhti Hidayah gelak tak berhenti melihat kotak tersebut dilambung-lambung macam ada bom pula. Kelakar betul.


Habis permainan, Al-Ustaz masih belum tiba. Pihak penganjur yang sememangnya sudah bersedia dengan pelbagai aktiviti bertindak menayangkan pula beberapa sedutan video tentang perkara laungan azan yang semakin dipinggirkan di sesetengah negara dan menyedarkan kami bahawa betapa kamilah generasi yang harus menegakkan kembali seruan Ilahi ini.


Habis penayangan tentang azan, disambung pula dengan tayangan drama daripada Arab Saudi yang mengisahkan tentang bagaiman syaitan menghasut manusia sehingga manusia lalai dan alpa dengan pujukan rayu si syaitan laknatullah tersebut. Video ini sebenarnya banyak kali telah kami tonton khususnya di laman YOUTUBE, namun menontonnya beramai-ramai lebih menarik pula.


Akhirnya penceramah tiba juga. Kami melihat penceramah seolah-olah letih kerana berkejar ke sana ke mari, almaklumlah orang sibuk, popular pula. Tentulah banyak lagi urusan di luar sana yang perlu diuruskan. Namun Ustaz tetap meluangkan masa beliau bersama kami, kami rasa amat dihargai. Alhamdulillah.






"Di Sebalik Tabir Shahadah" membincangkan tentang tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Bagaimana setiap kelahiran umat manusia yang berada dalam keadaan fitrah mampu menunaikan janji kepada Allah SWT seperti mana yang dijanjikan sebelum roh ditiup ke dalam jasad.


Sempat ana memuhasabah diri sendiri. Betapa kecil yang khilafnya ana sepanjang bernafas di bumi Allah ini. Astaghfirullah, sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih.


Ana lihat Naqibah kami Cik Azreen, dan dua orang usrahmate ana Ukhti Fatima Safiqah dan Ukhti Nor Hidayah mendengar ceramah ini dengan begitu sungguh-sungguh dan teliti sekali. Sehingga menerbitkan perasaan malu ana pada diri sendiri kerana seolah-olah ana yang seorang ni tak boleh duduk diam.





Tekun lagi teliti...



Dari kiri, Ukhti Fatima Safiqa, Naqibah kami Cik Azreen, dan Ukhti Nor Hidayah...


Mereka dan ana...


Menjelang pukul 10.40 pm, kami mula gelisah. Mana tidaknya, Naqibah kami bersama Ukhti Hidayah akan pulang menaiki motor dan kami amat risaukan keselamatan mereka berdua. Juga Ukhti Ika yang terpaksa pulang ke hostel Kenanga sebelum 11pm atau pintu gate Kenanga akan ditutup.


Mahu tak mahu, terpaksa juga kami keluar awal kira-kira 10.50pm. Sebelum berpisah, sempat kami 'usrah bersila' sebentar untuk sama-sama membuat konklusi atas ceramah sebentar tadi, dan sedikit tazkirah daripada Naqibah kami tentang Ramadhan yang bakal tiba kelak. Cik Azreen berpesan kepada kami agar memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan bermaaf-maafan lah sesama kita sebelum tibanya Ramdhan Al-Mubarak ini. InsyaAllah...


Ukhti Nor Hidayah telah menghadiahkan kami masing-masing senaskah kitab Asma Ul Husna yang sangat-sangat cantik dan bermanfaat kepada kami kerana saiznya yang comel dan mudah dibawa kemana-mana. Terima Kasih Ukhti! Nampaknya ana dapat dua buah kitab malam tu, satunya hadiah hari lahir daripada Kak Azreen, dan satunya daripada Ukhti Nor Hidayah. Bertuah sungguh! Alhamdulillah....


Akhirnya pulanglah kami dengan perasaan yang puas kerana mendapat ilmu yang sangat-sangat bermanafaat serta tinggi nilainya. Sebagaimana harapan Naqibah kami, datang kosong, pulang sarat. Alhamdulillah nampaknya begitulah.


Semoga pihak penganjur menganjurkan program seperti ini lagi. Sesungguhnya input-input seperti inilah yang paling diperlukan oleh kami mahasiswa-mahasiswi yang bakal menjadi pemangkin bangsa dan negara kelak. InsyaAllah..




Sekian dariku,

Nada Nadzhirah Kamaruzzaman...




ps : " Barang siapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal Penciptanya....Wallahualam"








**Sampaikan**

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan nama Allah yang maha Agung lagi maha Sempurna. Dialah Tuhan yang satu , Tiada duanya.Salam sayang buat kekasih hati , Muhamad Bin Abdullah.

"LAILAHAILLALLAH..Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH "

Wednesday, August 19, 2009

**Bulan Rindu**

Bicara Pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan nama Allah swt yang memegang hati setiap dari kami. Dialah yang Maha Mengetahui lagi maha Penyayang. Salam sayang buat kekasih hati , Muhamad Bin Abdullah , pemilik hati kami.

Salam mahabbah buat semua saudara seakidah kami.

Alhamdulillah.
Terlancar blog ini secara rasminya pada hari ini. Sebenarnya , blog ini adalah perkongsian kami , team Usrah. Setelah agak lama ana dan ukhti Nada memujuk naqibah kami untuk melancarkan blog ini, akhirnya lahirlah blog ini..hehehe. Nasib baik kak Reen dengar kata...opsss..!!!(Afwan Kak Reen). Dan ana sudah pun melakukan serba sedikit penambahanbaikan untuk blog kami ini.

Pemilik asal blog ini adalah naqibah kami sendiri iaitu Kak Azreen. Dan beliau mentaklifkan kami selaku anak-anak usrah beliau untuk meng"update" blog ini dari semasa ke semasa. InsyaAllah , taklifan yang diamanahkan akan kami laksanakan sebaik mungkin. Tambahan pula , taklifan ini diberikan kepada ana dan ukhti Nada yang sememangnya addicted blogging , ngehehehe , memang pasangan yang sehati sejiwa la.

Akhirul kalam , terimalah buah tangan dari kami ini , mawar-mawar kecil yang baru mula melangkah dalam memburu keredhaanNya. Doakan kami.

******************



Ahlan wa sahlan Ramadhan!
Kau bulan kerinduan
Hadirmu dinantikan
Penyiram jiwa gersang
Membersih dosa bersarang

Apabila..
Malam pertamamu menjengah
Bertiup al-mutsiiratu dari Arasy
Menggerakkan pohon-pohon syurga
Terdengar sayup-sayup merdu suara
Tak pernah terdengar dek telinga
Berbisik si bidadari
Kahwinkanlah daku
Dengan hamba-Mu yang berpuasa

Pinta kami
Angin Mutsiiratu yang dingin
Membelai segala kepayahan
Memujuk segala kesedihan
Menyejukkan dalam indahnya pengabdian

Oh Ramadhan
Hadirmu penuh keberkatan
Sarat rahsia keindahan
Melimpah nur kebaikan
Memancar cinta Ar-Rahman

Ramadhan,
Kau bagaikan pesta ibadah
Mengajar nafsu kami bermujahadah
Tiap saatmu terkandung hikmah
Memekar kuntum hidayah

Alangkah indahnya hidup
Andai malammu kami hiasi dengan tahajud
Hayati Al-Quran penuh takjub
Zakat dihulur bersama zuhud
Amal berganda setinggi Uhud

Ramadhan
Tawaran demi tawaran kau sajikan
Buat perindumu yang beriman
Membentang samudera keampunan
Bernaung kasih tiada tepian

Ramadhan
Setahun kami merindui
Kau kini milik kami
Hari-harimu pantas berlalu

Kuatkanlah kami ya Rahman
Mengaut segaja ganjaran
Berpisah dengan keredhaan.


Bisikan nurani Syauqah Mujahidah :

Mujahadahnya semakin teruji..!!!




Madrasah Jiwa


Alhamdulillah :)

Bersemperna dengan Ramadhan ini, ana dan anak-anak usrah ana yang diberi nama USRAH UMAR ingin me launch kan blog kami kepada antum.

Bertujuan untuk berkongsi dan merapatkan hubungan antara naqibah bersama anak-anak usrah serta diantara usrahmate itu sendiri :)