Wednesday, August 19, 2009

**Bulan Rindu**

Bicara Pena oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Walhamdulillah
Dengan nama Allah swt yang memegang hati setiap dari kami. Dialah yang Maha Mengetahui lagi maha Penyayang. Salam sayang buat kekasih hati , Muhamad Bin Abdullah , pemilik hati kami.

Salam mahabbah buat semua saudara seakidah kami.

Alhamdulillah.
Terlancar blog ini secara rasminya pada hari ini. Sebenarnya , blog ini adalah perkongsian kami , team Usrah. Setelah agak lama ana dan ukhti Nada memujuk naqibah kami untuk melancarkan blog ini, akhirnya lahirlah blog ini..hehehe. Nasib baik kak Reen dengar kata...opsss..!!!(Afwan Kak Reen). Dan ana sudah pun melakukan serba sedikit penambahanbaikan untuk blog kami ini.

Pemilik asal blog ini adalah naqibah kami sendiri iaitu Kak Azreen. Dan beliau mentaklifkan kami selaku anak-anak usrah beliau untuk meng"update" blog ini dari semasa ke semasa. InsyaAllah , taklifan yang diamanahkan akan kami laksanakan sebaik mungkin. Tambahan pula , taklifan ini diberikan kepada ana dan ukhti Nada yang sememangnya addicted blogging , ngehehehe , memang pasangan yang sehati sejiwa la.

Akhirul kalam , terimalah buah tangan dari kami ini , mawar-mawar kecil yang baru mula melangkah dalam memburu keredhaanNya. Doakan kami.

******************



Ahlan wa sahlan Ramadhan!
Kau bulan kerinduan
Hadirmu dinantikan
Penyiram jiwa gersang
Membersih dosa bersarang

Apabila..
Malam pertamamu menjengah
Bertiup al-mutsiiratu dari Arasy
Menggerakkan pohon-pohon syurga
Terdengar sayup-sayup merdu suara
Tak pernah terdengar dek telinga
Berbisik si bidadari
Kahwinkanlah daku
Dengan hamba-Mu yang berpuasa

Pinta kami
Angin Mutsiiratu yang dingin
Membelai segala kepayahan
Memujuk segala kesedihan
Menyejukkan dalam indahnya pengabdian

Oh Ramadhan
Hadirmu penuh keberkatan
Sarat rahsia keindahan
Melimpah nur kebaikan
Memancar cinta Ar-Rahman

Ramadhan,
Kau bagaikan pesta ibadah
Mengajar nafsu kami bermujahadah
Tiap saatmu terkandung hikmah
Memekar kuntum hidayah

Alangkah indahnya hidup
Andai malammu kami hiasi dengan tahajud
Hayati Al-Quran penuh takjub
Zakat dihulur bersama zuhud
Amal berganda setinggi Uhud

Ramadhan
Tawaran demi tawaran kau sajikan
Buat perindumu yang beriman
Membentang samudera keampunan
Bernaung kasih tiada tepian

Ramadhan
Setahun kami merindui
Kau kini milik kami
Hari-harimu pantas berlalu

Kuatkanlah kami ya Rahman
Mengaut segaja ganjaran
Berpisah dengan keredhaan.


Bisikan nurani Syauqah Mujahidah :

Mujahadahnya semakin teruji..!!!




1 comment:

Nada Nadzhirah Kamaruzzaman said...

Alhamdulillah Ramadhan semakin menjelang...

inilah masa kita memuhasabah dan memperbaiki diri sendiri...


moga mendapat hidayah dan petunjuk Allah SWT..insyaAllah...



ps : selamat berpuasa! sape yg lom ganti pose, dah lambat! kantoi!