Thursday, August 20, 2009

"Di Sebalik Tabir Shahadah"


Assalamualaikum Wbt...


Segala Puji Bagi Allah SWT, Pencipta Sekalian Alam,
Hanyalah Dia yg Satu, Tiada dua dihatiku,
Segala curahan selawat dan salam pada penghulu kami Muhammad bin Abdullah,
Sejahteralah kau seperti janjiNya,
Serta sahabat-sahabiah dibawah rahmat panji-panji Islam sekalian...

Semoga bahagia hendaknya.



Pada hari Selasa yang lepas bersamaan 18 Ogos 2009 yang dimuliakan Allah, telah berlansungnya satu program "The Weekly Boomerang" bertempat di DKB Bangunan S&T bermula jam 8.00 pm sehingga kira-kira 11.30 pm.


Program yang amat tinggi nilai pengisiannya ini membincangkan tentang topik "Di Sebalik Tabir Shahadah" dikelola oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin atau lebih terkenal dengan nama Ustaz Zamri Mari Mengaji di Tv9 ' Dekat Di Hati '. Tergelak juga kami mendengar ayat itu keluar dari mulut beliau. Terasa benar-benar dekat di hati.


Oleh kerana beberapa masalah teknikal, Al Ustaz Zamri yang sepatutnya tiba dalam jam 8.30 pm, telah sedikit terlewat sebanyak 1 jam setengah dan akhirnya memulakan ceramah ini kira-kira jam 10 pm.


Namun tidak mengapa, oleh kerana semangat kami yang menebal, walaupun hampir-hampir membatalkan perjumpaan usrah yang diganti dengan ceramah ini akibat hujan yang menggila, namun syukur Alhamdulillah akhirnya hujan berhenti dan dapatlah kami berkumpul seperti dirancangkan. Alhamdulillah syukur.


Erm, seperti biasa, lebih separuh dewan DKB dipenuhi oleh kaum hawa, kami terpaksa duduk di belakang sekali A.K.A atas sekali kerana tempat duduk yang amat terhad. Tebal juga muka pada mulanya sewaktu mula-mula melangkah kaki ke dalam dewan kerana kami sebenarnya agak terlewat sedikit akibat hujan lebat yang melanda. Namun saya, Ukhti Ika, Ukhti Hidayah dan Ukhti Azreen buat muka selamba land ajelah. Abis tu takkan nak 'GUBRA' pula kan.


Sementara menunggu penceramah tiba, kami diberikan kertas dan diminta melukis gambar orang yang duduk di sebelah kami beserta sedikit 'description' tentang sahabat tersebut. Tapi kami tak buat pun sebab tercengang-cengang tak tau nak lukis apa kan. Lewat punya pasal lah tu. ^_^


Kemudian digesa supaya bermain permainan 'Bola Beracun' pula. Agak cuak pada permulaannya sebab takut kalau-kalau muzik berhenti dan bola aka kotak beracun berada pada tangan kami pula. Permainan ini mencetus tawa pada kami kerana semua muslimah begitu takut dengan kotak tersebut seolah-olah kotak tersebut akan meletup bila-bila masa. Ana dan ukhti Hidayah gelak tak berhenti melihat kotak tersebut dilambung-lambung macam ada bom pula. Kelakar betul.


Habis permainan, Al-Ustaz masih belum tiba. Pihak penganjur yang sememangnya sudah bersedia dengan pelbagai aktiviti bertindak menayangkan pula beberapa sedutan video tentang perkara laungan azan yang semakin dipinggirkan di sesetengah negara dan menyedarkan kami bahawa betapa kamilah generasi yang harus menegakkan kembali seruan Ilahi ini.


Habis penayangan tentang azan, disambung pula dengan tayangan drama daripada Arab Saudi yang mengisahkan tentang bagaiman syaitan menghasut manusia sehingga manusia lalai dan alpa dengan pujukan rayu si syaitan laknatullah tersebut. Video ini sebenarnya banyak kali telah kami tonton khususnya di laman YOUTUBE, namun menontonnya beramai-ramai lebih menarik pula.


Akhirnya penceramah tiba juga. Kami melihat penceramah seolah-olah letih kerana berkejar ke sana ke mari, almaklumlah orang sibuk, popular pula. Tentulah banyak lagi urusan di luar sana yang perlu diuruskan. Namun Ustaz tetap meluangkan masa beliau bersama kami, kami rasa amat dihargai. Alhamdulillah.






"Di Sebalik Tabir Shahadah" membincangkan tentang tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT ini. Bagaimana setiap kelahiran umat manusia yang berada dalam keadaan fitrah mampu menunaikan janji kepada Allah SWT seperti mana yang dijanjikan sebelum roh ditiup ke dalam jasad.


Sempat ana memuhasabah diri sendiri. Betapa kecil yang khilafnya ana sepanjang bernafas di bumi Allah ini. Astaghfirullah, sesungguhnya azab Allah SWT itu amat pedih.


Ana lihat Naqibah kami Cik Azreen, dan dua orang usrahmate ana Ukhti Fatima Safiqah dan Ukhti Nor Hidayah mendengar ceramah ini dengan begitu sungguh-sungguh dan teliti sekali. Sehingga menerbitkan perasaan malu ana pada diri sendiri kerana seolah-olah ana yang seorang ni tak boleh duduk diam.





Tekun lagi teliti...



Dari kiri, Ukhti Fatima Safiqa, Naqibah kami Cik Azreen, dan Ukhti Nor Hidayah...


Mereka dan ana...


Menjelang pukul 10.40 pm, kami mula gelisah. Mana tidaknya, Naqibah kami bersama Ukhti Hidayah akan pulang menaiki motor dan kami amat risaukan keselamatan mereka berdua. Juga Ukhti Ika yang terpaksa pulang ke hostel Kenanga sebelum 11pm atau pintu gate Kenanga akan ditutup.


Mahu tak mahu, terpaksa juga kami keluar awal kira-kira 10.50pm. Sebelum berpisah, sempat kami 'usrah bersila' sebentar untuk sama-sama membuat konklusi atas ceramah sebentar tadi, dan sedikit tazkirah daripada Naqibah kami tentang Ramadhan yang bakal tiba kelak. Cik Azreen berpesan kepada kami agar memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan bermaaf-maafan lah sesama kita sebelum tibanya Ramdhan Al-Mubarak ini. InsyaAllah...


Ukhti Nor Hidayah telah menghadiahkan kami masing-masing senaskah kitab Asma Ul Husna yang sangat-sangat cantik dan bermanfaat kepada kami kerana saiznya yang comel dan mudah dibawa kemana-mana. Terima Kasih Ukhti! Nampaknya ana dapat dua buah kitab malam tu, satunya hadiah hari lahir daripada Kak Azreen, dan satunya daripada Ukhti Nor Hidayah. Bertuah sungguh! Alhamdulillah....


Akhirnya pulanglah kami dengan perasaan yang puas kerana mendapat ilmu yang sangat-sangat bermanafaat serta tinggi nilainya. Sebagaimana harapan Naqibah kami, datang kosong, pulang sarat. Alhamdulillah nampaknya begitulah.


Semoga pihak penganjur menganjurkan program seperti ini lagi. Sesungguhnya input-input seperti inilah yang paling diperlukan oleh kami mahasiswa-mahasiswi yang bakal menjadi pemangkin bangsa dan negara kelak. InsyaAllah..




Sekian dariku,

Nada Nadzhirah Kamaruzzaman...




ps : " Barang siapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal Penciptanya....Wallahualam"








1 comment:

Syauqah MUJAHIDAH said...

Aslmualaikum..
Tu bukan muka teliti , muka bengis je ana rasa..hehehe