Sunday, September 27, 2009

Tarbiyyah Dzatiyyah

untuk dayah, ika dan nada..insyaAllah nanti akak terangkan makna tarbiyyah dzatiyyah ya"...untuk saibah, sakinah, izah, aisyah, tirah, dan aina..renungkan sejenak pekara ini..

Sedikit renungn bersama..ana ada terbaca satu artikel dan buku mengenai sarana yang paling penting iaitu tarbiyah dzatiah..dalam kesibukan kita beraya/belajar..seringkali kita terlupa…
Betapa kita wajib bersyukur kerana masih dipelihara Allah SWT hidup dalam udara iman dan Islam. Namun, semakin hari hati orang-orang islam hari ini kian dilanda tsunami kegersangan iman.


Cuba kita ’pause’ sejenak...kita duduk bersama-sama sekejap dan beriman sejenak. Masya Allah! Kita ingat apabila kita sudah berada bersama-sama bersahabat dengan orang-orang yang berada di dalam proses tarbiyah islamiyyah, kita sudah masuk di dalam ’mesin’ tarbiyah tetapi mengapa amal ibadah kita semakin tenat? Solat kita semakin tidak khusyuk, Al-Quran kita tidak sampai satu juzuk sehari,qiam kita, muhasabah kit,puasa sunat, zikir kita semakin berkurangan, doa yang kita baca selepas solah pun sekadar baca tidak memohon kepada Allah Taala sepenuh hati

Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? Tidak dapat dapat, untuk tidak terperangkap dari sumur futur (lemah) kita mestilah melalui beberapa proses. Proses itu ialah dengan meningkatkan tarbiyyah imaniyyah dan tarbiyyah ruhiyyah yang mana boleh dirasai dan dihayati masuk menyerap ke dalam lubuk nurani apabila berlakunya proses tarbiyyah dzatiah
Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita. Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau mas’ul ataupun naqib. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam proses tarbiyah islamiyyah


Kenikmatan tingginya ruh ber’ubudiyyah kepada Allah Taala hanya dapat di rasai oleh orang-orang yang merelakan dirinya masuk ke dalam proses tarbiyyah dzatiah. Orang-orang yang tunduk kepada proses tarbiyyah ini amat sukar dikalahkan oleh bisikan syaitan dan nafsu. Mereka tidak mudah futur malah hubungan mereka dengan Allah SWT semakin subur mewangi. Namanya harum di kalangan penghuni langit meskipun mereka bukanlah insan-insan yang disanjung di muka bumi

Ana mengingatkan juga diri ana yang sngt2 kerdil ni, untuk kita sama2 menjaga mutabaah ibadah kita sebagai seorang hamba.. kekadang kita selalu ungkap kata2, dalam dakwah ni yg paling penting hubungan ngan Allah, tapi praktiknyer tak seperti yg kita selalu ucapkan...

wallahu a'lam

No comments: