Tuesday, November 10, 2009

.::An Evening With Uncle RM::.

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Dengan nama Allah swt , Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dia-lah Tuhan Yang mengurniakan sukma kefasihan untuk ana dan setiap hamba2Nya. Selautan sayang dihamparkan untuk Muhamad Bin Abdullah , lelaki terhebat sepanjang zaman.

Serasanya agak lama ana tidak meneruskan tarian jari jemari ana di laman ini, bukan ? Mungkin terlalu menumpukan perhatian ana pada blog milik ana sendiri , sehinggakan blog ini terabai. Afwan , tapi kini ana kembali meneruskan tarian jari jemari ana di sini , kerana ana mahu berkongsi satu pengalaman yang terbaik buat ana.

Semalam , 9hb/11/09 , ana diajak oleh naqibah ana untuk mengikuti satu program. Pada awalnya , ana tidak tahu apa program yang diadakan (-->biasalah , naqibah ana memang suka rahsia2 nih ;p) , tetapi apabila telah ana hadiri program tersebut , sungguh! Ia amat berguna. Memberikan banyak ibrah pada ana.

Program tersebut adalah program Kuliah Tafsir "An Evening With Uncle RM(Roslan Muhamad)" yang diadakan dirumah Mak Cik Ani. Pengisiannya adalah berupakan pentafsiran surah Nuh ayat 1-12.

Secara keseluruhannya , surah ini membawa kita menghayati dan memahami prinsip2 dalam berdakwah. Surah ini cuba membawa kita menghayati perjuangan dakwah Nabi Nuh dan apa intipatinya dalah menjalankan aktiviti dakwah.

Apa yang dapat ana fahami sewaktu mengikuti kuliah ini adalah , tugas berdakwah ini perlu dilakukan oleh semua orang kerana Allah swt sendiri yang menyuruh kita untuk berdakwah , untuk memberikan peringatan , dan mengajak kepada kebenaran untuk menjauhkan diri dari api azab api neraka. Tetapi sumber untuk kita berdakwah adalah Allah swt.

Terdapat 3 intipati penting dalam berdakwah iaitu ...

>menperhambakan diri pada Allah swt
>bertaqwa kepada Allah swt
>taat kepada Allah swt

Hidup kita didunia ini adalah atas 2 sebab iaitu sebagai khalifah dan juga hamba.Hidup kita ini adalah untuk mentaati Allah swt , tiada yang lain dari itu. Kalau kita perhatikan , hidup kita ini bersistem , punya cara yang tersendiri. Dan itu sebenarnya adalah satu salah sebab kenapa kita berdakwah. Untuk mewujudkan satu sistem kehidupan dan cara hidup yang diredhaiNya.

Apabila seseorang itu berdakwah , dan ada yang mengikutinya , Allah swt akan ampunkan dosanya. Apabila kita redha Allah swt sebagai Tuhan kita , dan istiqomah dalam apa yang kita lakukan , Allah swt akan ampunkan dosa kita.

Kalau kita lihat sirah perjuangan Nabi Nuh yang berdakwah selama 910 tahun , siang dan malam , berdoa untuk kaumnya , tetapi hanya 91 orang saja yang mengikutinya. Kalau ikut skala , kita boleh klasifikasikan Nabi Nuh ini gagal , tapi kalau mahu dibandingkan dengan kita , ana rasa terlalu jauh bezanya. Mudah saja , cuba tanya diri kita , sudahkah kita mulakan dakwah kita seusia kita ini ?Sudahkah kita berdakwah siang dan malam ? Memenuhi masa kita dengan berdakwah ? dan adakah kita mendoakan mad'u2 kita ?

Cuba muhasabah kembali.

Andai mahu dibandingkan , hidup kita pada waktu ini mudah jika dibandingkan dengan zaman para anbiya dulu. Lihat saja ketika Yasir ditarik tubuhnya dari 4 arah , Sumayyah disula , Bilal dihempap , dan sebagainya. Nabi Nuh pula , kaumnya menutup telinga sewaktu dia menyampaikan dakwah , tapi mereka2 ini tetap tabah dan terus berdakwah dan berdakwah. Mereka juga tidak putus2 berdoa untuk kaum mereka dan sahabat2 mereka.

Sedangkan kita , belum lagi kena tarik tubuh dari 4 arah , belum lagi kena sula , belum lagi kena hempap , dan dah ada ke yang tutup telinga kalau kita menyampaikan dakwah ? Belum lagi kan. Paling2 tinggi pun , orang akan tangkap dan tulis nama je. Baru kena sedikit sudah tercuit. Sudah berpaling.Tapi , di mana kita saat ini ? Kenapa kita lemah ? Dimana tanggungjawab kita sebagai pembela agama agama ? Apa yang kita lakukan untuk membela ummah ? Sudahkah kita mendoakan sahabat2 kita agar terbuka hati mereka ?

Mungkin..silapnya adalah dari kita sendiri , kerana kita tidak pernah mahu bersungguh2 dalam meraih cinta Illahi. Kita tidak benar bersungguh2 dalam merebut cinta Allah swt. Cinta manusia mahu direbut sehingga sanggup melakukan apa saja tetapi cinta Allah , apa usaha kita ? apa mahar yang kita bawa ? Nothing bukan. Andai kita bersugguh dalam merebut cintaNya , Allah PASTI beri. P.A.S.T.I. Andai kita bersungguh2 dalam berdakwah , Allah pasti berikan kenikmatan hidup yang tidak terhingga di dunia ini. P.A.S.T.I.

Intihanya , tugas untuk berdakwah ini , tidak pernah mudah. Ia menuntut kesabaran dan keteguhan iman yang teguh. Apa yang kita lakukan pada hari ini , cumalah sedikit. Kita perlu melipat gandakan usaha kita dalam membela ummah dan agama Allah kerana kitalah yang membawa risalah perjuangan Nabi Muhamad saw.Tiada yang lain lagi , hanya kita.

No comments: