Monday, November 2, 2009

ISK..dari kaca mata saya

Assalamualaikum warahmatullah buat semua... Salam ukhwah :)

Syukur, alhamdulillah.. pertama kali saya menulis di sini, setelah lama saya menjadi 'silent reader' sahaja.. diharap segala kekurangan dapat dimaafkan.. dan tegur- tegurlah, dengan itu saya boleh memperbaiki diri insyaAllah.

Berbalik kepada topik di atas, sekali lagi syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana saya dan beberapa sahabat berpeluang untuk menghadiri Daurah Ini Sejarah Kita yang Kak Areen dah promosikan sebelum ini. (Syukran Kak Areen dan semua yang menjayakan program ni..best!)

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit apa yang telah saya faham dan dapat dari daurah yang sangat berguna ini.. Moga perkongsian ini bermanfaat juga buat yang lain, dan menjadi peringatan buat diri sendiri yang mudah alpa..

Di dalam daurah ini, saya belajar yang sebenarnya..
  • Sejarah ialah satu aspek sains sosial yang memang sangat penting untuk difahami..bukan sekadar diketahui untuk menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi untuk belajar kesan- kesan tindakan manusia terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dan bertindak dengan kefahaman yang telah kita dapat.
  • Sains sosial dan sains tulen saling memerlukan.. Kedua- duanya penting untuk menjalankan tanggung jawab memakmurkan bumi Allah ini.. jadi sebagai seorang pelajar dalam bidang ilmu sains tulen, sangat penting untuk mempelajari juga ilmu bidang sains sosial dan mempraktikkannya dalam kehidupan.. contohnya, cara pemikiran yang jauh kehadapan dan berfikiran terbuka.
  • Dalam kesibukan sebagai seorang pelajar, tidak patut jika kita mengabaikan usaha dakwah..kerana jika diimbas kembali, usaha dakwah dan tarbiyah yang dilakukan oleh para sahabat yang terawal membawa kepada penyebaran Islam dan akhirnya kekuatan empayar umat Islam pada zaman kegemilangannya. Kita yang ingin menaikkan Islam kembali pada zaman moden ini patut mencontohi mereka dengan lebih gigih menyumbangkan usaha ke arah dakwah Islam..bukan melekakan diri dengan hal masing- masing sahaja.
  • Namun, bukan di sini bermakna pelajaran harus diabaikan.. malah, dalam usaha untuk berdakwah inilah, kita patut lebih bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu.. Untuk mengelakkan diri dari menjadi fitnah kepada Islam, dan menjadi hamba-Nya yang bersungguh- sungguh dalam apa- apa yang dilakukan.. Cumanya, kita perlu membahagi masa dengan baik dan sentiasa menjaga niat kita dalam menuntut ilmu..
Begitulah antara isi penting yang saya dapat dalam daurah ISK. Hendak dikupas semua yang diketengahkan, memang tak terungkap di sini rasanya. Cuma saya sangat berharap sedikit kesedaran yang timbul ini dapat bertahan menempuh ujian- ujian keduniaan yang hebat di sekeliling. Saya masih banyak kelemahan, tapi saya sedar yang usaha dakwah ini harus dilakukan biarpun terasa sangat kekurangan ilmu di dada.. Saya sangat berharap dapat menyampaikan dalam masa yang sama memperbaiki diri, berusaha meningkatkan ibadah dan berusaha mengurangkan benda- benda yang melalaikan.. Sangat sukar semua ini bagi saya, tetapi saya tak akan putus asa dari mencuba..insyaAllah.

Diharap semua dapat mendoakan kejayaan kita bersama dalam perjuangan ini..InsyaAllah, amiin..

-Izzah (Usrah Umar Abdul Aziz)-

No comments: