Monday, November 22, 2010

Muhammad Al-Fateh

Bicara hati Norhidayah Bte Hamdan [Syauqah Mujahidah]
www.ululalbab286.wordpress.com

Bismillahirahmannirahim. Dengan nama Allah swt , Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang. Salam sayang bersulam rindu buat pejuang terulung , Muhammad bin Abdullah. Dan salam perjuangan buat kalian yang singgah di laman ini.

Alhamdulillah. Hari tamat sudah pembacaan ana berkenaan seorang lagi tokoh pejuang islam yang terkemuka iaitu Muhammad Al-Fateh. Sememangnya sejak kecil ana suka membaca sirah-sirah para Nabi dan sahabat. Pada pandangan ana , banyak ibrah yang boleh kita kutip dari kisah mereka ini. Ana jadi kagum bila membaca kisah pejuang-pejuang islam ini. Terlihat jelas kesungguhan mereka dalam mempertahankan agama Allah swt ini. Sanggup syahid demi agama Allah swt ini.

Kembali semula kepada Sultan Muhammad Al-Fateh ini. Siapakah Muhammad Al-Fateh ? Ana yakin mungkin ramai yang pernah mendengar namanya dalam sirah-sirah yang terdahulu.

Nabi saw pernah bersabda :

” Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin , dan pasukan yang berada dibawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan dan rakyatnya baik”

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Bermula dari zaman pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib, Khalifa Al-Rasyidin yang ke-4 , kemudian Muawiyah pula mencubanya pada tahun ke 84 Hijrah , dan usaha itu disambung oleh Sultan Sulaiman Abdul Malik pada tahun 91 Hijrah.Semua usaha itu menemui kegagalan. Namun tidak terhenti setakat disitu saja dimana Khalifah Harun Ar-Rasyid cuba untuk menaklukinya pada tahun 165 Hijrah dan akhirnya diusahakan oleh Sultan Murad [ayahanda Sultan Muhamad Al-Fateh] pada tahun 825 Hijrah,namun semuanya berakhir dengan kegagalan. Lebih 800 tahun yang lalu , Nabi saw menuturkan hadith tersebut,belum lagi menampakkan kesahihannya.

Ketika Nabi Muhammad saw menuturkan hadith tersebut , ramai pemimpin-pemimpin Islam yang bercita-cita dan berharap agar hadith tersebut akan menjadi kenyataan ketika dibawah pemerintahan mereka , namun semuanya tidak berlaku.Kita perlu ingat bahawa Nabi Muhammad saw bukanlah ahli nujum atau tukang tilik TETAPI apa yang Baginda saw sabdakan pasti aka benar-benar berlaku kerana Baginda saw mendapat wahyu dari Illahi.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 250,000 orang tenteranya.Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Muhammad Al-Fateh telah menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Murad ketika baginda berumur 19tahun. Masih terlalu muda bukan ? Jika zaman sekarang ini , Sultan berumur 19 tahun , pasti akan timbul pelbagai spekulasi dengan mengatakan sultan masih mentah dan tidak mampu utk mentadbir negara. Namun tidak bagi sultan Muhammad Al-Fateh. Baginda seorang yang fasih bertutur dalam 7 bahasa [ Arab, Greek , Latin , Serbia , Parsi , Turki , dan Hebrew]. Baginda seorang yang bersifat tawadhuk , dan sangat cintakan ilmu. Baginda tidak pernah sekalipun meninggalkan solat 5 waktu , Solat Rawatib dan solat tahajud. Baginda juga sentiasa berbincang dengan para ulama tentang permasalahan negara.

Sultan Muhamad Al-Fateh mengkaji sejarah dan kelemahan Kota Konstantinopel dan merangka strategi bagi menakluk kota tersebut. Baginda telah melakukan pelbagai usaha dengan memastikan tentera yang dipilih adalah dikalangan yang taat pada Allah dan Rasul , membina peralatan perang dan juga baginda memastikan rakyat yang berada di bawah pimpinannya adalah rakyat yang baik.

Sultan Muhamad Al-Fateh banyak mencontohi cara Nabi Muhamad saw berperang. Salah satunya , baginda mengarahkan tenteranya pergi ke Kota Konstantinopel dari jalan yang belum pernah dilalui oleh sesiapa. Ketika Nabi Muhammad saw menakluk Kota Mekah , baginda saw dan tenteranya juga mengikut jalan yang tidak dilalui oleh orang ramai. Sultan Muhammad Al-Fateh juga sering meninjau keadaan rakyatnya secara sembunyi-sembunyi atau menyamar seperti rakyat biasa , sama seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar.

Dan bersama bala tenteranta seramai 150,ooo orang , sultan Muhammad Al-Fateh telah menggempur Kota Konstantinopel selepas Maharaja Konstantinopel enggan menyerah kalah. Dan akhirnya pada 29 Mei 1453 , Kota Konstantinopel telah berjaya ditawan.

Sultan Muhammad Al-Fateh telah menukar nama kota Konstantinopel kepada ISTANBUL lalu menjadikan ibukotanya. Ketika zaman pemerintahannya , baginda telah memerintah 25 buah negeri antaranya Italia , Hungary , Jerman , Serbia , dan Bosnia. Dan ketika baginds sedang membuat persiapan untuk menakluk Rhodesia , Baginda telah diracun oleh doktor peribadinya sendiri ,Yakop Pasya yg pada asalnya seorang Yahudi kemudian telah memeluk Islam. Ketika Baginda tahu baginda sudah hampir dijemput malaikat maut , baginda sedikit pun tidak mendedahkan kepada puteranya siapa yang meracunnya walaupun baginda tahu siapa yang meracunnya. Subhanallah..!! Alangkah indahnya pekerti baginda. Langsung tiada sekelumit perasaan dendam atau mahu membalas dendam kepada insan yang meracunnya. Dan selepas Sultan Muhamad Al-Fateh berwasiat kepada puteranya , baginda pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ketika itu baginda berusia 49 Tahun.

Bila membaca kisah pejuang islam ini , ana sangat kagum pada kebijaksaannya dalam mengatur strategi untuk memerangi musuh. Kesanggupannya berjihad demi Agama Allah dan syahid demiNya. Tokoh atau pejuang agama seperti ini lah yang kita perlu terapkan dan ceritakan pada adik-adik kita , anak-anak kita. Bukannya kisah-kisah perjuangan Power Rangers ,Ultraman , Spiderman dan sebagainya yang sememangnya terpesong dari akidah Islam itu sendiri. Kadang kala watak-watak seperti inilah yang membuatkan adik-adik kita, anak-anak kita melupakan tooh-tokoh Islam dan pejuang-pejuang Islam ini.Semoga Allah memberi keampunan , keredhaan serta melimpahkan rahmatNya kepada Sultan Muhamad Al-Fateh. Al-Fatihah.

“Dari Allah,kepada Allah”

Friday, May 14, 2010

.::Method Ikan::.

Bicara Hati Norhidayah bte Hamdan

Bismillahirahmannirahim
Dengan nama Allah swt , Tuhan saya dan Tuhan kamu.Salam sayang buat Muhammad bin Abdullah , makhluk terbaik, nabi dan rasul penyudah,pemimpin ummah di hari Akhirat.

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di sini. Alhamdulillah , hari ini Allah bukakan pintu hati saya untuk kembali ke gelanggang USRAH BERSILA ini , mencatat serba sedikit pengetahuan yang saya ada.

Hari ini , saya nak kongsi satu cerita atau lebih tepat lagi , satu analogi. Analogi tentang ikan. Cuba kawan-kawan semua lihat ikan. Ikan itu , walaupun berada dalam laut air masin , ia tidak akan masin. Betul tak..?

Tetapi..

Bila ikan tadi ditangkap , dinaikkan ke darat , disiang dan dibersihkan , seandainya kita letakkan secubit garam padanya dan gaul sehabis-habisnya di seluruh badan ikan itu , ikan tersebut sudah jadi masin. Setuju tak..?

Persoalannya sekarang , apakah perbezaan antara ikan di laut dan ikan di darat..?

Cepat3x..saya beri 5 saat utk fikir..hehehe..

5..
4..
3..
2..
1..

Teettt..masa habis..Click Me~

Perbezaannya sangat mudah , ikan di laut itu HIDUP...sebaliknya ikan di darat itu MATI..

Begitulah hati kita kawan-kawan. Jika hati kita hidup , kita takkan mudah dipengaruhi. Datanglah apa-apa pun halangan , hadirkanlah apa jua anasir-anasir , datangkanlah seluas lautan pun ujian , hati kita pasti akan teguh , pasti kita tidak akan dipengaruhi , kerana hati kita hidup. Hati kita bersih. Hati kita kuat.

Tapi..

Seandainya hati kita mati , mudah saja kita dipengaruhi walaupun hanya sebesar hama pun. Dalam sekejapan , kita akan terpengaruhi. Ini semua kerana hati kita mati , hati kita hitam , hati kita kering.

Persoalannya sekarang ,
bagaimana hati kita mati ? Bagaimana hati kita hidup..?

Saya tinggalkan kawan-kawan semua dengan persoalan ini...Sila pergi "hospital pakar" dan periksa kesihatan hati masing-masing..

Hidup atau mati..?!!!!


Sunday, May 2, 2010

Breakfast ^_^

alhamdulillah, pagi tagi usrah umar dapat breakfast sesame ^_^
hehehe walaupun semua letih "stadi" mlm tadi, dapat juga kita jumpa hari ni kan?

antara menu b/fast kami pagi ni, nasi lemak, lontong n nasi impit, roti canai, biskut2 n air masak, teh, soya etc alhamdulillah..

sayangnya, nura n amal x de..nura abangnya bertunang dan amal ke pahang. insha Allah next time ya.

walupun, xm x lama lagi.moga, ia menjadi alat agar kita lebih dekat dengan nya ya..jaga tarbiyyah dzatiyyah kita..

huh hampir 1 tahun kita bersama, dah dekat dah kan bulan 7..


tirah, kimah, saibah, moyah, azreen & izah


tirah, kimah, saibah, kinah, moyah & izah

muke2 dirindui setelah lama x berjumpa ^_^
makan2 jangan tengok je

sempat berposing


Wednesday, March 31, 2010

.::Jom Tambah Ilmu!!::.

Bismillahirahmannirahim..

Tinta hati dari Syauqah Mujahidah

Program : Forum
Tajuk : PENGORBANAN : Ibubapa vs Anak
Tempat : DkB , Menara S&T, UiTM Shah Alam
Tarikh : 1 April 2010
Masa : 8.30 malam

Jom Kawan2! Kita imarahkan lagi majlis ilmu ini. Biar Allah menyebut2 nama-nama kita dan biar para malaikat menebarkan sayap-sayapnya untuk memayungi kita. Jom tambah ilmu!
*makanan dan kupon disediakn
*sebarang perubahan akan dimaklumkan menerusi blog

Tuesday, March 23, 2010

Sesi Usrah Yg sangat Mengingatkan ana ^_^






















alhamdulillah..syukur
sekali lagi, akak nak sangat menulis selepas kita habis usrah minggu lepas..tapi sangat x larat
dan menangguhkannya..

alhamdulillah mlm ni dapat juga akak menulis..
buat pengetahuan adek2 mlm tu akak bersa sesuatu..
tak sangka, ia sangat bermakna buat akak

sebelum usrah ana, mengupdate borang usrah ana
ada beberapa ruang masih lagi kosong dan tidak berisi..
ruangan kosong itu bertajuk "kegemaran anak usrah"huh ana terpukul,
act sejauh mana ana mengenali antum semua?
adakah sekadar nama?course?umur?alamat?keluarga?
bagaimana pula dengan bad habit? good habit?habit pelik? buku ape suka baca? suka makan ape?suka minum ape?suka tengo muve ape? ape tabiat or perangai antum?

ya Allah!!! sangat2 sedihnya ana ketika itu sbb tak tahu pun ape yg antum suka atau tak
mlm tu, usrah kita bermula dengan slot habit baik, habit buruk, dan habit pelik..
hehehehe ana tahu banyak pekara mengenai antum..yg sangat kelakar, pelik dan best..Ya Allah hebatnya Dia menciptakan kepelbagaian ini
barulah akak tahu KIMAH ni, huh memang "gile" menghadap internet...ana tak sangka yg nti suka membaca magazine kat internet.. ^_^ yg lagi peliknya dalam banyak2 makanan yg sedap kat dunia ni, nti sangat suka agar2 sirap..heheh senang akak nak tambat hati awak ^_^
sebab suka menghadap internet sampai terlupa nak makan..adik yg manja
NURA pula, habitnya suka bercerita (betul3)..heheh takut lipas, x suke serangga terbang..suke sangat kucing, jelas di wajah muka penyayang..suke MERAP.he3
SAIBAH..^_^ ana bila ingat nti, teringat tagline nti "buat bodo" kelakar betui..otai betul nti ni..saibah ni, mmg cool..x suka membaca..katanya bila roomate dengan org rajin dia makin malas.he3
TIRAH...suke mengemas..antara banyak2 doktor dalam usrah ni..tulisan Dr atirah lah yg paling cantik ^_^....suke kusing..tapi takut kucing
IZAH..hehehe anak usrah ku yg paling kuat makan..tapi kurus je..nasib baik suke masak..nanti boleh la masakkan pai dan kek untuk kami ^_^ suke harry potter
SAKINAH..ade habit buruk suke korek kuku..dalam usrah pun akan buat tanpa sedar hehehe seorang pendengar yg baik..
AMAL...seorang anak yg sopan ^_^ yeke amal?heheh dia suka mencapai target yg ditetapkan e.g walaupun dah beli makanan, selagi tak capai chapter yg di target dia takkan makan.huhu mencabar tu amal..pendengar yg baik, dan sangat besangka baik
sesi taaruf itu sentiasa berterusan..ana akan cuba mengenali antum di setiap usrah yg kita jalani..hanya Allah yg tahu sayangnya ana pada antum ^_^

TRAIN-U














































Dah lama akak nak buat perkongsian ni tapi tak sempat2 nak kongsikan...
alhamdulillah 25-27 feb yang lepas akak diberi peluang ke TRAIN-U di kedah
TRAIN-U bermaksud tamrin zon utara..
akak dijemput untuk menyampaikan salah satu slot di tamrin zon utara tajuknya,
bagaimana saya mendapat hidayah..
pada mulanya, gentar sedikit nak pergi..
terasa sangat kerdil berbanding dengan org lain
tapi, kembali bermuhasabah..jika apa yang akak ada ini dapat membantu manusia yg lain alangkah baiknya....mengajak diri untu bersyukur

mmm jika kita menghitung segala nikmat Allah kita betul-betul tak mampu nak mengiranya..kiralah sel, kiralah molekul2 yang dikurniakan nya,kiralah zarah kegembiraan yg Allah telah berikan..kiralah

Dan jika kamu menghitung nikmat allah (yg dilimpahkanNYA kepada kamu) tiadalah kamu akan dapat menghitung satu persatu, Sesnungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani 6:18

dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahuku "Demi sesnungguhnya ! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras 14:7
bagaimana cara bersyukur?syukurilah..^_^

pagi itu slot Jalan Dakwah, disampaikan oleh pakcik Roslan..alhamdulillah sangatbest^_^
slot petang itu pula, slot amal jamaie
mlm tu slot yg akak sampaikan bersama 2 panel lain
esoknya kami buat lapangan dakwah...sangat2 best..praktis berdakwah kepada masyarakat luar..mencabar, menggetar,huh mengaah skill dakwah fardiyyah..alhamdulillah antara slot yg paling akak suka..
esoknya akak balik ke shah Alam jam 11.45 mlm naik bus sany xpress ^_^

~a walk to remember~

Manisnya Ukhuwwah













Assalamualaykum wbt

Syukur dipanjatkan kehadrat illahi
Sabtu lepas, usrah umar abdul aziz,
berkesempatan berehlah bersama di hutan lipur kancing..waaaa best
Selepas merancang, nura dilantik menjadi ketua untuk organize perkelahan
sakinah pula, dilantik sebagai jk makanan,
izah sebagai bendahari,
amal driver..
atirah, saibah pembantu peribadi...^_^

Objektif rehlah
-membaca kasih dan sayang Allah, dengan melihat nikmat di sekeliling
-memantapkan ukhuwwah
malam sebelum pergi
dimulakan dengan qiam
ketua mengejutkan untuk bangun by phone
kami buat qiam link.

esoknya, kami bergerak ke hutang lipur kancing jam 8.10am
kami bersarapan dalam kereta, dan dihiburkan dengan lagu2 nasyeed
kami sampai di destinasi dalam pukul 10am (sesat...tak jumpa jalan ^_^)
bila sampai di sana, subhanallah ya Allah

sangat la best nya...huh, indahnya ciptaanNYA
memang best!!!
huh tak sabar-sabar nak terjun ke dalam sungai
lama betul tak mandi sungai..
kami makan dalam sungai..
banyak jugak adek2 ni bawak
makanan, dengan kentangnya,
nuggetnya, sandwichnya, keropok etc nyum2
kami bertazkeerah dalam sungai dengan
tajuk manisnya ukhuwwah yg disampaikan oleh ana sendiri
kami saling bercerita..kami saling berkongsi..
bak kata pepatah "jika tak kenal, makan tak taaruf"
prosess yg berterusan..
selepas, mandi manda..
kami bergerak menuju ke PWTC
ada ape disana?
yeahh kami ke pesta buku..^_^
banyak betul adek2 ni memborong

best la, ana pun sempat membeli beberapa buah buku
selepas itu kami bergerak ke masjid shah alam untuk menunaikan solat asar
then, bergerak ke restoran Kampung untuk makan malam..
sementara menunggu hidangan
sedikit tazkeerah diberikan dengan tajuk membaca kasih sayang Allah..
selepas makan, adek2 usrah umar dihantar pulang ke delima..









Tuesday, March 16, 2010

SAMPEL 2009














































assalamualaykum wbt

bila dengar tajuk kat atas tuh cam pelik sket

sebab sudah setahun berlalu SAMPEL (sambutan pelajar ) tu
actually kak areen baru dapat gambar (tertinggal kat belakang)

alhamdulillhah ramai juga usrah umar abdul aziz n usrah umar al khattab yg g

syukur ^_^

akak nak cite detail , mungkin tak berape ingat
kita biarkan gambar yg berkate ^_^





















Wednesday, February 17, 2010

Kembara Pencinta Kebenaran.

Bismillah. Spt minggu-minggu biasa, usrah umar abdul aziz dijadualkan pada mlm jumaat. (cey minggu-minggu biasa konon, padahal baru je join. heehe). tp ada satu minggu ni, ada satu program dkt SnT yg coincide dgn mlm tu ; Kembara Pencinta Kebenaran. organized by PMH. penceramah undangan - Ustaz Mohd Farhan Abdullah.
setelah kami anak-anak usrah yg duduk di Delima ni di-"insist" oleh Atirah yg plg berkobar-kobar =P utk pergi ke program tu, maka Kak Areen pun benarkan dgn syarat utk buat perkongsian tntg ceramah mlm tu.

Okay. Terus kepada isi ceramah.
He started his talk w/ 3 profound reasons why he reverted to Islam. Dia dahulunya anak seorang mubaligh kristian. and afta 6 years of doing research tentang alquran, most of which sambil-sambil dia sedang menuntut di universiti, dia kembali ke fitrah asal kelahiran ie Islam. 3 punca:-
1) Konsep trinity. referring to Suratul Maidah-- kufurlah mereka yang menyatakan Tuhan itu tiga (tlg cari ayat berapa plsss)
2) terjemahan Bible - tk asli. dlm Kristian ni ada byk sgt mazhab. ada mazhab yg berpegang dgn konsep trinity. dlm Old Testament yg dkt Kelantan pulak menolak konsep trinity.
3) Baptism

Pada awalnya, Ustaz merahsiakan drpd keluarganya yg dia tlh memeluk Islam. (tk igt berapa lama) Kemudian dia declare. And Ayah dia who was the ketua gereja masa tu (skrg pun dah peluk Islam), ancam nak bunuh sampai menghalakan senapang dkt kepala Ustaz. And di benik hati Ustaz, dia berbisik, (lebih kurang mcm ni la. kalau salah pls betulkan), "Ya Allah, andai agamaMu ini benar, maka selamatkanlah aku). Ustaz kata, oleh kerana dia faham yg nak memperjuangkan Islam ni ada cabaran nya spt konsep sewaktu zaman sahabat (cthnya kisah keluarga Yasir), maka dia pun redho. And subhanAllah, ditakdirkan Allah ketiga-tiga tembakan yg ayah dia lepaskan, tk satu pun mengena. Dan perbalahan tu ended up dgn ustaz dihalau dari rumah.

setelah lamaaa dihalau, mak mana yg tk rindukan anak, kannn? ustaz ambil peluang ini utk berdakwah dgn keluarga. dia dakwah dgn beri qudwah yg baik. cth: dia hantar adik dia pergi universiti etcetc.

afta 7 years, alhamdulillah, mak ustaz pun peluk islam. ustaz ajar mak dia utk cover aurat so on and so force depan ayah dia (sbb ayah dia belum islam lagi masa tu). setahun kemudian, ayah dia pulak masuk islam stlh jatuh sakit.

ujian terhadap ayah dia, lagi dahsyat. sbb ayah dia former ketua church. thus lagi ramai la golongan yg menentang pengislaman ayah dia tu. esp dari orang2 church tu. to comfort his father, ustaz kata dkt ayah dia, "ayah igt tk dulu masa saya peluk islam, ayah acukan senapang dkt saya, ancam nak bunuh?" utk bgtahu yg Allah sememangnya akan beri ujian utk menguji keimanan.

* some reflections: yg kte ni, dpt islam senang2 je. tp hargai tk? bukankah nikmat iman dan islam tu nikmat palinggggggggggggg besarrrrrrrrrrrrr?!


(akan bersambung iA)

.

Thursday, January 14, 2010

Usrah Gabungan

Bismillah..
Sedikit perkongsian dari kami, Alhamdulilah semalam kami diberi kesempatan untuk buat usrah gabuangan..usrah ana (grup umar abdul aziz) dan usrah ukhti aisyah azam.
Tempat : Pangsapuri Danau Mas
Tarikh : 13 Januari 2010
Jam :8.45pm-10.45pm
Menu : Nugget + Kek + Air Anggur
Objektif Usrah Gabungan (depend pada nuqaba yg pasti jelas ape nak dicapai):
1.Cover silibus tak lalu dalam usrah
2.Gabungan usrah sesuai untuk mereka di 00, oo nak masuk 01 & 01 (baru) , kerna kebanyakan adik2 sukar nak datang ke program, so dengan adanya usrah gabuanagn ia membantu mereka..
3. Mengeratkan ukuwwah
-Usrah akhwat UiTM banyak, tak dinafikan ada para naqibah sendiri ada yang tak kenal anak naqibah lain, dari sini ia membantu kami untuk tahu anak usrah orang lain
-anak2 usrah boleh kenal akhwat yang lain









Ana kongsikan aktiviti yang usrah kami:
-Kami mulakan dengan solat isyak berjemaah
-Selepas itu dimulakan dengan tazkeerah daripada ukhti Aisyah KZ dengan tajuk "HATI" (alhamdulillah, sangat menarik perkongsiannya)
-Tayangan video "Tersasar Di Jalan-MU" (Kisah Di Lorong Hj Taib).. Cerita yang sangat bagus, dari sini kita bleh mind setting adek2:

a) kenapa pengislahan itu perlu
b) kenapa kita perlu bersama mencegah mungkar
c)perubahan mcm mana kita nak bwk manusia2 ni ->pengabdian kepada penciptan
d)Memahami hal praktikal bagaimana berinteraksi ape yang kita fahami dalam ash-shahadahtain

Living by Giving
azreen & aisyah






Tuesday, November 10, 2009

.::An Evening With Uncle RM::.

Bicara pena oleh Syauqah Mujahidah

Dengan nama Allah swt , Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dia-lah Tuhan Yang mengurniakan sukma kefasihan untuk ana dan setiap hamba2Nya. Selautan sayang dihamparkan untuk Muhamad Bin Abdullah , lelaki terhebat sepanjang zaman.

Serasanya agak lama ana tidak meneruskan tarian jari jemari ana di laman ini, bukan ? Mungkin terlalu menumpukan perhatian ana pada blog milik ana sendiri , sehinggakan blog ini terabai. Afwan , tapi kini ana kembali meneruskan tarian jari jemari ana di sini , kerana ana mahu berkongsi satu pengalaman yang terbaik buat ana.

Semalam , 9hb/11/09 , ana diajak oleh naqibah ana untuk mengikuti satu program. Pada awalnya , ana tidak tahu apa program yang diadakan (-->biasalah , naqibah ana memang suka rahsia2 nih ;p) , tetapi apabila telah ana hadiri program tersebut , sungguh! Ia amat berguna. Memberikan banyak ibrah pada ana.

Program tersebut adalah program Kuliah Tafsir "An Evening With Uncle RM(Roslan Muhamad)" yang diadakan dirumah Mak Cik Ani. Pengisiannya adalah berupakan pentafsiran surah Nuh ayat 1-12.

Secara keseluruhannya , surah ini membawa kita menghayati dan memahami prinsip2 dalam berdakwah. Surah ini cuba membawa kita menghayati perjuangan dakwah Nabi Nuh dan apa intipatinya dalah menjalankan aktiviti dakwah.

Apa yang dapat ana fahami sewaktu mengikuti kuliah ini adalah , tugas berdakwah ini perlu dilakukan oleh semua orang kerana Allah swt sendiri yang menyuruh kita untuk berdakwah , untuk memberikan peringatan , dan mengajak kepada kebenaran untuk menjauhkan diri dari api azab api neraka. Tetapi sumber untuk kita berdakwah adalah Allah swt.

Terdapat 3 intipati penting dalam berdakwah iaitu ...

>menperhambakan diri pada Allah swt
>bertaqwa kepada Allah swt
>taat kepada Allah swt

Hidup kita didunia ini adalah atas 2 sebab iaitu sebagai khalifah dan juga hamba.Hidup kita ini adalah untuk mentaati Allah swt , tiada yang lain dari itu. Kalau kita perhatikan , hidup kita ini bersistem , punya cara yang tersendiri. Dan itu sebenarnya adalah satu salah sebab kenapa kita berdakwah. Untuk mewujudkan satu sistem kehidupan dan cara hidup yang diredhaiNya.

Apabila seseorang itu berdakwah , dan ada yang mengikutinya , Allah swt akan ampunkan dosanya. Apabila kita redha Allah swt sebagai Tuhan kita , dan istiqomah dalam apa yang kita lakukan , Allah swt akan ampunkan dosa kita.

Kalau kita lihat sirah perjuangan Nabi Nuh yang berdakwah selama 910 tahun , siang dan malam , berdoa untuk kaumnya , tetapi hanya 91 orang saja yang mengikutinya. Kalau ikut skala , kita boleh klasifikasikan Nabi Nuh ini gagal , tapi kalau mahu dibandingkan dengan kita , ana rasa terlalu jauh bezanya. Mudah saja , cuba tanya diri kita , sudahkah kita mulakan dakwah kita seusia kita ini ?Sudahkah kita berdakwah siang dan malam ? Memenuhi masa kita dengan berdakwah ? dan adakah kita mendoakan mad'u2 kita ?

Cuba muhasabah kembali.

Andai mahu dibandingkan , hidup kita pada waktu ini mudah jika dibandingkan dengan zaman para anbiya dulu. Lihat saja ketika Yasir ditarik tubuhnya dari 4 arah , Sumayyah disula , Bilal dihempap , dan sebagainya. Nabi Nuh pula , kaumnya menutup telinga sewaktu dia menyampaikan dakwah , tapi mereka2 ini tetap tabah dan terus berdakwah dan berdakwah. Mereka juga tidak putus2 berdoa untuk kaum mereka dan sahabat2 mereka.

Sedangkan kita , belum lagi kena tarik tubuh dari 4 arah , belum lagi kena sula , belum lagi kena hempap , dan dah ada ke yang tutup telinga kalau kita menyampaikan dakwah ? Belum lagi kan. Paling2 tinggi pun , orang akan tangkap dan tulis nama je. Baru kena sedikit sudah tercuit. Sudah berpaling.Tapi , di mana kita saat ini ? Kenapa kita lemah ? Dimana tanggungjawab kita sebagai pembela agama agama ? Apa yang kita lakukan untuk membela ummah ? Sudahkah kita mendoakan sahabat2 kita agar terbuka hati mereka ?

Mungkin..silapnya adalah dari kita sendiri , kerana kita tidak pernah mahu bersungguh2 dalam meraih cinta Illahi. Kita tidak benar bersungguh2 dalam merebut cinta Allah swt. Cinta manusia mahu direbut sehingga sanggup melakukan apa saja tetapi cinta Allah , apa usaha kita ? apa mahar yang kita bawa ? Nothing bukan. Andai kita bersugguh dalam merebut cintaNya , Allah PASTI beri. P.A.S.T.I. Andai kita bersungguh2 dalam berdakwah , Allah pasti berikan kenikmatan hidup yang tidak terhingga di dunia ini. P.A.S.T.I.

Intihanya , tugas untuk berdakwah ini , tidak pernah mudah. Ia menuntut kesabaran dan keteguhan iman yang teguh. Apa yang kita lakukan pada hari ini , cumalah sedikit. Kita perlu melipat gandakan usaha kita dalam membela ummah dan agama Allah kerana kitalah yang membawa risalah perjuangan Nabi Muhamad saw.Tiada yang lain lagi , hanya kita.

Penawar Lelah Pegemban Dakwah


" Ketahuilah wahai adik2ku, Kita akan menemui masa-masa sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal Kita tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan berbagai aktifitas dakwah. Apabila Kita teguh di atas jalan kebenaran dan sabar menhadapi berbagai ujian, Niscaya kepedihan akan sirna kelelahan akan hilang, dan yang tersisa bagi Kita adalah ganjaran pahala"

(Dipetik dari Dr. Abdullah Azam)

Thursday, November 5, 2009

Ini Sejarah Kita ( ISK )

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah,,dengan nikmat kesihatan dan kelapangan yang diberikan ALLAH, dapat juga ana pegi daurah ISK baru2 ni setelah bermacam2 halangan dan 'hasutan' yg datang..tambah2 pulak, daurah ni lebih best dari yg diharapkan..kirenye bukan ' indah khabar dari rupe'..hehe..by da way,thanks kak arin!=)

Straight to d point...

Time daurah tu, macam2 pengisian yg ada dan amat bermakna sekali...Insya-ALLAH ana akan cube ringkaskan sedikit sebanyak ape yg ana dapat. Kalau ada yg ana tersalah faham, harap diperbetulkan..Terus terang sebelum ni ana rase, ana pernah belajar sejarah islam ni tapi, xpenah masuk dlm otak pn sebabnye...Hafal hanya sekadar nak exam SPM...=(

By d way, melalui apa yg ana faham sejarah islam ni terbahagi kpd beberapa zaman iaitu:
  1. Zaman gelap (Jahiliah)
  2. Zaman dakwah (Khulafa' Ar-Rasyidin)
  3. Zaman jihad (Umayyah)
  4. Zaman ilmu (Abbasiyah)
  5. Zaman kejatuhan (Turki Uthmaniyah)

Disini ana ingin berkongsi sedikit ttg sejarah detik2 kejatuhan kerajaan islam, agar kite sama2 renungkan bagaimana sebuah kerajaan islam yg bertamadun dan menguasai 2/3 dunia boleh jatuh ke tangan sebuah puak nomad yg tak bertamadun ( Monggol)...

Monggol telah menyerang Baghdad pd 656H sewaktu islam berada dikemuncak kegemilangan Kerajaan Abbasiyah. Pada waktu itu, umat islam dibuai dengan kemewahan harta dan sibuk menimba ilmu sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang daie utk berjihad menegakkan agama islam, disamping kelemahan khalifah ketika itu (Mu'tassim). Hulagu Khan telah memerintahkan Mu'tassim utk mengumpulkan semua pegawai krjn dan ulama'. Akhirnya, mereka telah dibunuh olah Hulagu Khan. Setelah itu, sekali lagi dia telah mengarahkan khalifah agar mengeluarkan perintah meletak senjata. Maka berlakulah pembunuhan zalim beramai2 penduduk Baghdad oleh tentera Monggol termasuklah wanita dan kanak2. Lebih kurang 750000-1000000 org islam telah disembelih dgn kejam. Tentera Monggol telah membuang mayat2 dan buku2 hasil kajian umat islam dari baitulhikmah ke dalam sebuah sungai utk mereka jadikan jambatan menyeberangi sungai itu. Kesan daripada dakwat2 buku yang dicampakkan itu telah menyebabkan sungai itu bertukar warna hitam sehingga beberapa lama... Subhanallah, betapa banyaknya ilmu yang telah islam kaji sebelum kedatangan saintis2 barat...

point to highlight:

Pada pandangan ana, zaman kite skg pn lebih kurangla mcm ape yg telah berlaku pada zaman kejatuhan islam. cube kite same2 renung dan fikir sejenak...

Ape masalah umat islam dunia skg?

Peperangan, kemiskinan, penindasan dll...Xperlu fikir jauh2la, kite cube tgk keadaan M'sia sendiri..masalah sosial akibat perang saraf yg barat lancarkan telah membuatkan kite jauh dari islam..(eg : fashion, fun, food) ...

Ape pulak masalah diri kite????

"Aku kene study ni, mane ada masa nak pegi program2 kerohanian ni, mane ade mase nak berdakwah...Alah, aku xlayakla nk bg tazkirah,xcukup ilmu lagi nak nasihatkn org lain...E,malasla pegi daurah,baik ak tgk cete korea ke tido ke shopping ke.." monolog dalaman seorg hamba ALLAH..(nauzubillah)

Sedar atau tak, kdg2 terdetik juga kata2 ni dlm hati kite.TAPI..hakikatnya iman kite yg lemah..insya-Allah marilah kite saling ingat-mengingatkan terutama sekali tentang kebesaran ALLAH...laksanakanlah tanggungjawab utama kite sebagai seorang islam iaitu sebagai HAMBA ALLAH & KHALIFAH....

Jadi ape peranan kite sebagai pelajar? Takpayah study ke kene berdakwah????

-JAWAPANNYE KENE BACA KAT PAGE IZZAH- =)

wallahualam...ape yg ana kongsikan bukan utk menyakitkan mane2 hati..tapi sbg peringatan buat diri ana yg lemah ini...harap maaf andai ada tersalah kata..harap sahabat2 dapat perbetulkan ape yg silap...

(Atirah :Umar Abdul Aziz>Kak Arin)

Monday, November 2, 2009

ISK=)

Bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah...setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH,tuhan yang menciptakan seluruh alam dan segala yang terkandung didalamnya.

ujung minggu lepas, ana dan kawan2 pegi ke program ISK di sekolah hira' shah alam. pengalaman pertama pegi ISK, setelah beberapa kali ada dgr psl prog tu. akhirnya, ada jugak rezeki kami pergi.alhamdulillah.

erm, kalau nk diceritakan apa yg ana dpt dari prog tu insyaAllah banyak. tapi main idea yg cuba nk disampaikan oleh akhi Yusof tu ana rasa ana dapat tangkap. sepanjang program byk menceritakan sejarah umat islam dahulu. bagaimana islam yang bermula dari zaman Rasulullah SAW dan disebarkan sehingga tertegaknya daulah Islamiah seperti Kerajaan Umayyah dan Abasiyyah. Dan ada juga dibincangkan bagaimana Islam yang pada masa itu tersangat gah, tiba-tiba jatuh diserang tentera Mongol yang tidak bertamadun. Dan kemuncak program cuba mengaitkan apa yang telah berlaku dengan zaman kita pada hari ini. adakah kita patut leka dengan menuntut ilmu semata-mata atau cuba untuk berjuang, mengiatkan usaha dakwah dalam mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu masa dahulu.

terasa byk yg ana tidak tahu sebelum program tu even dah pernah belajar dalam sejarah masa sekolah dulu. tapi itulah, belajar utk tahu dan belajar utk exam itu hasilnya berbeza.huhu. apa yang ana rasai setelah ikut program ISk is my responsibility as a muslim is being neglected before this. ana rasa sedih sebab ana banyak lalai dalam mengejar dunia yang sementara ni. dalam masa yang sama rasa berkobar2 untuk perbaiki diri untuk jadi sebaik2 mukmin.

perubahan yang ana harapkan adalah dari dalam diri ana sendiri. kekuatan dan sokongan sahabat2 yang ana perlukan untuk meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Ia memang sukar, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan, semakin kuat perlu menangkis kehendak nafsu. tapi janji ALLAH itu benar. semoga usaha dakwah kita yang sedikit dapat memberi kesan kepada generasi ISLAM akan datang. InsyaALLAH.


Ana hanya insan lemah dalam memberi pendapat. harap salah dan silap ana dapat ditegur.
>>>SakinahM - Usrah Umar Abd Aziz<<<<

WaALLAHua'lam.

ISK..dari kaca mata saya

Assalamualaikum warahmatullah buat semua... Salam ukhwah :)

Syukur, alhamdulillah.. pertama kali saya menulis di sini, setelah lama saya menjadi 'silent reader' sahaja.. diharap segala kekurangan dapat dimaafkan.. dan tegur- tegurlah, dengan itu saya boleh memperbaiki diri insyaAllah.

Berbalik kepada topik di atas, sekali lagi syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana saya dan beberapa sahabat berpeluang untuk menghadiri Daurah Ini Sejarah Kita yang Kak Areen dah promosikan sebelum ini. (Syukran Kak Areen dan semua yang menjayakan program ni..best!)

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit apa yang telah saya faham dan dapat dari daurah yang sangat berguna ini.. Moga perkongsian ini bermanfaat juga buat yang lain, dan menjadi peringatan buat diri sendiri yang mudah alpa..

Di dalam daurah ini, saya belajar yang sebenarnya..
  • Sejarah ialah satu aspek sains sosial yang memang sangat penting untuk difahami..bukan sekadar diketahui untuk menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi untuk belajar kesan- kesan tindakan manusia terdahulu supaya kita boleh mengambil pelajaran dan bertindak dengan kefahaman yang telah kita dapat.
  • Sains sosial dan sains tulen saling memerlukan.. Kedua- duanya penting untuk menjalankan tanggung jawab memakmurkan bumi Allah ini.. jadi sebagai seorang pelajar dalam bidang ilmu sains tulen, sangat penting untuk mempelajari juga ilmu bidang sains sosial dan mempraktikkannya dalam kehidupan.. contohnya, cara pemikiran yang jauh kehadapan dan berfikiran terbuka.
  • Dalam kesibukan sebagai seorang pelajar, tidak patut jika kita mengabaikan usaha dakwah..kerana jika diimbas kembali, usaha dakwah dan tarbiyah yang dilakukan oleh para sahabat yang terawal membawa kepada penyebaran Islam dan akhirnya kekuatan empayar umat Islam pada zaman kegemilangannya. Kita yang ingin menaikkan Islam kembali pada zaman moden ini patut mencontohi mereka dengan lebih gigih menyumbangkan usaha ke arah dakwah Islam..bukan melekakan diri dengan hal masing- masing sahaja.
  • Namun, bukan di sini bermakna pelajaran harus diabaikan.. malah, dalam usaha untuk berdakwah inilah, kita patut lebih bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu.. Untuk mengelakkan diri dari menjadi fitnah kepada Islam, dan menjadi hamba-Nya yang bersungguh- sungguh dalam apa- apa yang dilakukan.. Cumanya, kita perlu membahagi masa dengan baik dan sentiasa menjaga niat kita dalam menuntut ilmu..
Begitulah antara isi penting yang saya dapat dalam daurah ISK. Hendak dikupas semua yang diketengahkan, memang tak terungkap di sini rasanya. Cuma saya sangat berharap sedikit kesedaran yang timbul ini dapat bertahan menempuh ujian- ujian keduniaan yang hebat di sekeliling. Saya masih banyak kelemahan, tapi saya sedar yang usaha dakwah ini harus dilakukan biarpun terasa sangat kekurangan ilmu di dada.. Saya sangat berharap dapat menyampaikan dalam masa yang sama memperbaiki diri, berusaha meningkatkan ibadah dan berusaha mengurangkan benda- benda yang melalaikan.. Sangat sukar semua ini bagi saya, tetapi saya tak akan putus asa dari mencuba..insyaAllah.

Diharap semua dapat mendoakan kejayaan kita bersama dalam perjuangan ini..InsyaAllah, amiin..

-Izzah (Usrah Umar Abdul Aziz)-

Wednesday, October 21, 2009

Luv from akak


Ya Allah..

Kau lembutkan hati-hati kami supaya dapat bersama-sama dalam melangkah jalan yang penuh liku ini. Perkuatkan ikatan antara hati-hati kami, agar kami teguh bak binaan yang kukuh dan tersusun rapi.

Daurah Ini Sejarah Kita

Bismillah..

Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati
-Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid-

KDP & JIM PetalingmembawakanIni Sejarah Kita(ISK)
menampilkanBro. Yusoff(UIA)
Tiket masuk : RM 10 (selepas 50% diskaun)
Tarikh : 24 - 25 Oktober 2009
Tempat : Masjid Al-Munawarah, seksyen 27

Pengangkutan disediakan !!
(sila maklumkan kepada wakil kami 2 hari lebih awal bagi memudahkan urusan)
+breakfast + lunch + dinner + accomodation

Amaran : Kita akan menyoroti sejarah sebuah ummah yang pernah menguasai dunia. Melalui penilaian sejarah dan pemahaman sunnah Allah dalam mengatur perjalanan sebuah ummah, kita akan dapat membongkar rahsia kegemilangan ummah tersebut. Juga, kita akan meneliti titik-titik kelemahan yang melemahkan kekuatan sebuah tamadun…

Tentatif Program:

24.10.2009 (Sabtu)

08.00am - 08.50am Pendaftaran
09.00am - 09.30am Sarapan pagi0
9.30am - 10.30am Sesi taaruf & Ice Breaking
10.30am - 11.00am Solat Dhuha
11.00am - 12.15pm Pengisian tambahan
12.15pm - 01.45pm Makan Tengahari & Solat Zuhur
1.45pm - 04.00pm Ini Sejarah Kita ( ISK)
04.00pm - 04.45pm Solat Asar/Minum petang/Al-Mathurat
04.45pm - 06.00pm Games
06.00pm ­- 08.45pm Slt Maghrib/mkn malam/khidmat diri/slt Isya’
08.45pm - 11.30pm Sambungan ISK
11.30pm - 12.00am Minum malam/Halaqah Al-Quran/Tidur

25.10.2009 (Ahad)
04.00am – 06.30am Qiam/Solat Subuh/Al-Mathurat/Tazkirah
06.45am - 08.00am Senaman/Khidmat diri
08.00am – 09.30am Khidmat diri/Sarapan pagi/solat Dhuha
09.30am – 12.15am Sambungan ISK
12.15am – 01.00am Rehat/mkn tengahari
01.00pm – 01.35pm Solat Zuhur
01.35pm – 04.00pm Sambungan ISK
04.30pm – 05.00pm Solat Asar/Bersu

Junaid Ibn Muhammad teruskan membaca Al-Quran walaupun saat kematiannya hampir tiba, Anak2nya berkata: "Mengapa ayahnya memaksa diri?

Junaid menjawab: "Siapa manusia yang lebih berhak memaksaku selain diriku sendiri"

Sunday, September 27, 2009

Amalan Sunnah Di Aidilfitri

Bicara Pena Oleh Syauqah Mujahidah

Bismillahi Tawakkaltu ‘Ala Allah
Segala puji hanya bagi Allah swt , Tuhan yang Maha Kaya Lagi Maha Tinggi KekuasaanNya. Dia-lah tuhan yang mengurniakan kesenangan jiwa pada setiap hamba-hambaNya yang terpilih. Salam sayang buat Muhamad Bin Abdullah , mujahidin terulung.

Diam tak diam , kini sudah seminggu umat Islam seantero dunia meraikan hari kemenangan. Hari kemenangan setelah sebulan menahan lapar dan dahaga dan melawan nafsu. Mabruk buat semua yang telah berjaya melepasi pelbagai halangan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Ana pasti , ramai yang akan merindui Ramadhan dan Insya Allah , semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.



Syawal kali ini pada ana , tidak ada jauhnya yang berbeza dengan Syawal yang sebelum ini. Masih lagi tradisi menziarahi sanak saudara itu diteruskan. Jadi ana agak keletihan sedikit untuk Syawal kali ini. Tapi ana tetap merasai keseronokan dan kemeriahannya apabila rumah ana penuh dan tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara khasnya pada hari raya ke 3. Untuk hari raya ke 2 , ana satu keluarga yang serang rumah sanak saudara.

Bersempena Aidilfitri ini , ana suka untuk berkongsi dengan semua amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah saw sempena Aidilfitri.

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Maaidah ayat yang ke ?. Ana tak mahu beritahu ,pergi check sendiri dalam tafsir Al-Quran masing-masing(jangan malas buka Al-Quran ok!). PASTI ada tafsiran yang berbunyi :

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu."

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.

Jadi,tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadhan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin iaitu orang yang bertakwa. Tak mahu tergolong dalam golongan itu ke ? Jangan tipulah. Sedikit sebanyak , mesti nak jugak kan.

Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T dalam surah yang kedua dalam Al-Quran , ayat ke 185.

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri.Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan. Janganlah kita berhenti separuh jalan dalam melaksanakan qiyam. Teruskan istiqomah untuk melaksanakannya.


• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie .

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafie r.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

.Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya."

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka."

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.

Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang dapat ana kongsikan bersama. Amalan-amalan ini sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Dalam kita menyambut kemeriahan Syawal ini , janganlah kita lupa pada golongan yang kurang bernasib baik. Ingatlah bahawa dalam pada kita bersenang-senang,ingatlah ada golongan yang memerlukan dan langsung tidak berkesempatan menyambut Syawal. Jika tidak dapat dihulurkan bantuan dari segi material , hulurkan doa buat mereka. Itu sudah lebih dari cukup.

Akhirul kalam , Selamat Hari Raya Untuk semua..

Jaga hati..jaga amal..dan selamat memperbaharui iman.


Tarbiyyah Dzatiyyah

untuk dayah, ika dan nada..insyaAllah nanti akak terangkan makna tarbiyyah dzatiyyah ya"...untuk saibah, sakinah, izah, aisyah, tirah, dan aina..renungkan sejenak pekara ini..

Sedikit renungn bersama..ana ada terbaca satu artikel dan buku mengenai sarana yang paling penting iaitu tarbiyah dzatiah..dalam kesibukan kita beraya/belajar..seringkali kita terlupa…
Betapa kita wajib bersyukur kerana masih dipelihara Allah SWT hidup dalam udara iman dan Islam. Namun, semakin hari hati orang-orang islam hari ini kian dilanda tsunami kegersangan iman.


Cuba kita ’pause’ sejenak...kita duduk bersama-sama sekejap dan beriman sejenak. Masya Allah! Kita ingat apabila kita sudah berada bersama-sama bersahabat dengan orang-orang yang berada di dalam proses tarbiyah islamiyyah, kita sudah masuk di dalam ’mesin’ tarbiyah tetapi mengapa amal ibadah kita semakin tenat? Solat kita semakin tidak khusyuk, Al-Quran kita tidak sampai satu juzuk sehari,qiam kita, muhasabah kit,puasa sunat, zikir kita semakin berkurangan, doa yang kita baca selepas solah pun sekadar baca tidak memohon kepada Allah Taala sepenuh hati

Melihat kepada dahsyatnya fenomena lemah iman hari ini, sebenarnya ia mendorong kita supaya memerhatikan setiap hari dan setiap detik kedudukan dan kesihatan hati dan jiwa kita. Sejauh mana dekatnya kita dengan Allah? Tidak dapat dapat, untuk tidak terperangkap dari sumur futur (lemah) kita mestilah melalui beberapa proses. Proses itu ialah dengan meningkatkan tarbiyyah imaniyyah dan tarbiyyah ruhiyyah yang mana boleh dirasai dan dihayati masuk menyerap ke dalam lubuk nurani apabila berlakunya proses tarbiyyah dzatiah
Ketahuilah, betapa pentingnya tarbiyyah dzatiah terhadap setiap jiwa-jiwa yang tunduk kepada tarbiyyah islamiyyah. Menyedari hanya ada dua pilihan sahaja tiada yang ketiga iaitu samada tarbiyyah islamiyyah ataupun tarbiyyah jahiliyyah sahaja, tiada tarbiyah campur-campur, kita perlu melakukan proses tarbiyyah dzatiah di dalam diri kita. Tarbiyyah dzatiah ialah tarbiyyah nafsiah yang mana hanya diri sendiri yang melalui proses tarbiyyah itu walaupun perit, pahit dan sakit proses itu tanpa pantauan dari murabbi atau mas’ul ataupun naqib. Kita sendiri yang kena paksa diri bangun solat pada malam hari, kita sendiri yang membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya tanpa ada paksaan atau pantauan naqib dan naqibah. Sememangnya jalan tarbiyyah ini sungguh getir laluannya namun penghujungnya menjanjikan kemanisan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang betul-betul masuk di dalam proses tarbiyah islamiyyah


Kenikmatan tingginya ruh ber’ubudiyyah kepada Allah Taala hanya dapat di rasai oleh orang-orang yang merelakan dirinya masuk ke dalam proses tarbiyyah dzatiah. Orang-orang yang tunduk kepada proses tarbiyyah ini amat sukar dikalahkan oleh bisikan syaitan dan nafsu. Mereka tidak mudah futur malah hubungan mereka dengan Allah SWT semakin subur mewangi. Namanya harum di kalangan penghuni langit meskipun mereka bukanlah insan-insan yang disanjung di muka bumi

Ana mengingatkan juga diri ana yang sngt2 kerdil ni, untuk kita sama2 menjaga mutabaah ibadah kita sebagai seorang hamba.. kekadang kita selalu ungkap kata2, dalam dakwah ni yg paling penting hubungan ngan Allah, tapi praktiknyer tak seperti yg kita selalu ucapkan...

wallahu a'lam